ms Malay en English
                       

APA ITU EKSA

  • EKSA atau Ekosistem Kondusif Sektor Awam merupakan penjenamaan semula Amalan 5S kepada EKSA untuk memenuhi keperluan sektor awam.
  • Pelaksanaan EKSA mempunyai matlamat yang sama untuk mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal.
  • Amalan EKSAN yang berkesan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan, menjimatkan kos dan memudahkan proses kerja.
  • EKSA berupaya memperkukuh Sistem Pengeluaran Kualiti berasakan Standard MS ISO 9000, dalam memenuhi keperluan Klausa Pengurusan Sumber berkaitan Persekitaran Kerja.
  • EKSA yang cekap, berkesan dan konsisten akan member nilai tambah kepada imej korporat jabatan/agensi secara keseluruhan.

 

 

Penggunaan data atau penggunaan semula data hendaklah mematuhi Terma dan Syarat Penggunaan Data Terbuka Kerajaan 1.0 berikut:

Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan 1.0.pdf_(16.92kb)

Terma Penggunaan ini ditadbir oleh undang-undang di bawah bidang kuasa dan pemilik data ialah pemilik utama bagi data tersebut.


Senarai Data Terbuka Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli.

 

Bil. Tajuk Format
1. Data Permohonan Urusan Tanah Di Pejabat Tanah dan Jajahan Seluruh Negeri Kelantan Bagi Tahun 2015 Dalam format CSV dan XLS

Maklumat bilangan transaksi atas talian yang ditawarkan oleh PTJJ dikemaskini secara bulanan.

Bil Perkhidmatan Atas Talian Bulan
JAN FEB MAC APR MEI JUN JUL OGO SEP OKT NOV DIS
1. Sistem e-Aduan 0 1 0 0 0        
2. Maklumbalas Web/EMEL/FB 1 2 1  0         
3. Sistem Pengauditan Indeks Akauntabiliti (eSPIA) 0 0 0        
4. Sistem Pendaftaran Miskin Tegar (eTegar) 1 1 1  1        
5. Sistem Pemantauan Projek Pembangunan Negeri (eProjek) 1 1 1  1        

Data terbuka merujuk data kerajaan yang boleh digunakan secara bebas, boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensi sektor awam atau swasta untuk sebarang tujuan. Ia berperanan sebagai penggerak dalam inisiatif kerajaan berpaksikan rakyat. Pelaksanaan data terbuka dapat meningkatkan kualiti dan ketelusan penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepat dan relevan. Di samping itu, ia juga dapat meningkatkan produktiviti dan ekonomi negara melalui industri/inovasi baharu dengan penglibatan rakyat dan komuniti perniagaan.

Portal Data Terbuka Sektor Awam (DTSA) iaitu data.gov.my telah dibangunkan pada tahun 2014 dan telah mendapat penarafan Data Terbuka pada peringkat antarabangsa pada kedudukan ke-41 daripada 86 negara. Portal DTSA memudahkan data terbuka kerajaan diakses secara berpusat daripada sumber yang rasmi.

PTJJ menyahut inisiatif kerajaan untuk melaksanakan data terbuka bagi meningkatkan kualiti dan ketelusan penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepat dan relevan. Halaman ini diwujudkan bertujuan untuk memaparkan set data yang boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensi sektor awam atau swasta untuk sebarang tujuan.

Page 1 of 4

© Hakcipta Terpelihara (2018) Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli | Tarikh Kemaskini : 17 Oktober 2019

Please publish modules in offcanvas position.