ms Malay en English
                       

" Terjah Ore Kapom Di Pasar Jeli ", Program Turun Padang Unit Hasil Ke Pasar Jeli

" Terjah Ore Kapom Di Pasar Jeli ", satu inisiatif yang telah dilakukan oleh Unit Hasil, Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli yang telah berlangsung pada 19 November 2019 (Selasa) bagi memfokuskan kepada orang ramai, untuk mengedarkan risalah serta memberi penerangan tentang kepentingan membayar cukai tanah dan tunggakan cukai tanah.

Fokus penerangan berkenaan potongan 70% ke atas tunggakan cukai tanah bagi hakmilik yang tertunggak. Potongan tersebut berlangsung sehingga 31 Disember 2019.

Klik Galeri Facebook

© Hakcipta Terpelihara (2018) Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli | Tarikh Kemaskini : 04 Disember 2019