Program Jejak Merdeka Gunung Reng telah diadakan pada 7 September 2019 (Sabtu) yang lepas bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang. Program tersebut diadaka di Taman Rekreasi Gunung Reng, Jeli Kelantan. Pelbagai aktiviti turut diadakan melibatkan penyertaan orang awam dan penduduk sekitar. Program ini merupakan anjuran Perpustakaan Desa Zon 1 Kelantan dengan kerjasama Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli, Pejabat Penggawa Daerah Batu Melintang, MPKK, dan Bomba Daerah Jeli.

Klik Galeri Facebook

Penilaian Akhir Sistem Penarafan Bintang Pentadbiran Tanah 2019 bagi Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli telah diadakan pada 25 - 27 Ogos 2019 iaitu hari Ahad, Isnin dan Selasa yang lepas selama 3 hari di Bilik Gerakan, Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli. Warga PTJ Jeli mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ahli Panel SSR tersebut diatas Pencapaian 4 Bintang yang diberikan.

Klik Galeri Facebook

© Hakcipta Terpelihara (2018) Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli | Tarikh Kemaskini : 23 September 2019