Pesta Berakit Jajahan Jeli 2025
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐
ย
TARIKHย : 13 SEPTEMBER 2025M | 20 RABIUL AWAL 1447H (SABTU)
TEMPAT : TAMAN REKREASI CAHAYA IBADAH, GUNUNG RENG JELI, KELANTAN
ย
Pesta Berakit Jajahan Jeli 2025 telah diadakan di Taman Rekreasi Kg. Dendong ke Taman Rekreasi Cahaya Ibadah, Gunung Reng, Jeli.
YABrs. Ketua Jajahan Jeli mengiringi YAB Ustaz Dato' Panglima Perang Dato' Mohd Nassuruddin Bin Daud, Menteri Besar Kelantan untuk perasmian pesta ini. YAB Menteri Besar Kelantan juga turut sama menyertai aktiviti berakit ini. Turut hadir sama ialah YB Datuk Kamarudin Bin Md Nor, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan Negeri Kelantan, YB. Dato' Haji Abdul Hadi Bin Awang Kechil, ADUN Kuala Balah serta timbalan-timbalan EXCO, Ketua-ketua Jabatan negeri Kelantan.
ย
Pesta Berakit pada tahun ini berkonsepkan acara pertandingan Rakit Berhias dan Pertandingan Kayak. Pesta ini juga telah mendapat penyertaan secara berkumpulan daripada jabatan dan agensi kerajaan/swasta dan juga pertubuhan/persatuan samada di sekitar Jajahan jeli dan juga dari luar Jajahan Jeli. Kehadiran penduduk tempatan juga turut memeriahkan suasana yang memberikan sokongan kepada jabatan masing-masing.
YAB Menteri Besar Kelantan juga turut menyampaikan hadiah kepada jabatan yang memenangi hiasan rakit tercantik. Pasukan Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli telah mendapat tempat pertama, disusuli naib johan dimenangi oleh TNB Pergau, manakala tempat ke tiga dimenangi oleh Majlis Daerah Bachok.
ย
Penganjuran Pesta Berakit pada tahun ini juga bukan sahaja bertujuan sebagai aktiviti riadah atau pesta semata-mata, malah membawa makna yang besar kepada masyarakat dalam mempromosikan Jajahan Jeli sebagai destinasi eko pelancongan yang wajib dikunjungi pada masa-masa akan datang.
ย
" ๐ฒ๐๐๐
๐๐๐ ๐ผ๐๐๐๐ ๐บ๐๐๐๐
ย

ย
ย
- Hits: 11