Accessibility Tools

Skip to main content

Kunjungan Hormat Pengerusi Persatuan Komuniti Eko Pelancongan Kuala Balah Ke Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli

πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ ππ„ππ†π„π‘π”π’πˆ 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ π„πŠπŽ ππ„π‹π€ππ‚πŽππ†π€π πŠπ”π€π‹π€ 𝐁𝐀𝐋𝐀𝐇 πŠπ„ 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐉𝐀𝐇𝐀𝐍 π‰π„π‹πˆ
Β 
TarikhΒ  Β : 21 Ogos 2025 (Khamis) / 27 Safar 1447H
MasaΒ  Β  : 11:30 pagi
Tempat : Bilik Tetamu Ketua Jajahan, PTJJ
Β 
YABrs. Ketua Jajahan Jeli telah menerima Kunjungan Hormat daripada Persatuan Komuniti Ekopelancongan Kuala Balah, yang diketuai oleh YBrs. Pengerusi Persatuan Komuniti Ekopelancongan Kuala Balah, En. Johari Bin Supardi bersama pegawai-pegawai.
Antara objektif utama kunjungan ini adalah:
Β 
a. Menyampaikan hasrat dan pelan awal pembangunan ekopelancongan komuniti.
b. Membincangkan potensi kerjasama dengan pihak pentadbiran jajahan.
c. Memohon sokongan dalam pelaksanaan aktiviti pelancongan berasaskan komuniti.
Β 
Semoga kunjungan hormat ini dapat menjalinkan hubungan kerjasama strategik dalam membincangkan hal-hal berkaitan pembangunan dan potensi ekopelancongan di kawasan Kuala Balah pada masa-masa akan datang.
Β 
β€œπ‘²π’‰π’Šπ’…π’Žπ’‚π’• π‘Όπ’π’•π’–π’Œ π‘Ίπ’†π’Žπ’–π’‚β€.
Β 
Β 
Β 
  • Hits: 361

Kunjungan Hormat Pertubuhan Peladang Kawasan Jeli Ke Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli

Β 
πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐁𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆 πŠπ€π–π€π’π€π π‰π„π‹πˆ πŠπ„ 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐉𝐀𝐇𝐀𝐍 π‰π„π‹πˆ
Β 
TarikhΒ  Β  : 04 Disember 2025 (Khamis) / 13 Jamadilakhir 1447H
MasaΒ  Β  Β : 09:30 pagi
TempatΒ  : Bilik Tetamu Ketua Jajahan, PTJJ
Β 
YABrs. Ketua Jajahan Jeli telah menerima Kunjungan Hormat daripada Pertubuhan Peladang Kawasan Jeli, yang terdiri daripada Pengerusi Jemaah Pengarah, Ahli Jemaah Pengarah, Pengurus Besar serta Pengurus Projek Peladang Kawasan Jeli. Manakala YBrs. Timbalan Ketua Jajahan turut sama dalam perjumpaan tersebut.
Β 
Semoga kunjungan hormat ini dapat menjalinkan hubungan kerjasama antara satu sama lain pada masa-masa akan datang.
Β 
β€œπ‘²π’‰π’Šπ’…π’Žπ’‚π’• π‘Όπ’π’•π’–π’Œ π‘Ίπ’†π’Žπ’–π’‚β€.
Β 
Β 
  • Hits: 180

Kunjungan Pengenalan Agrobank Centre Of Excellence (ACE) Dan Perbincangan Cadangan Program Pembangunan Komuniti Di Daerah Jeli

πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐍𝐀𝐋𝐀𝐍 π€π†π‘πŽππ€ππŠ 𝐂𝐄𝐍𝐓𝐑𝐄 πŽπ… 𝐄𝐗𝐂𝐄𝐋𝐋𝐄𝐍𝐂𝐄 (𝐀𝐂𝐄) 𝐃𝐀𝐍 ππ„π‘ππˆππ‚π€ππ†π€π 𝐂𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ ππ„πŒππ€ππ†π”ππ€π πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ πƒπˆ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 π‰π„π‹πˆ
Β 
TarikhΒ  Β  Β : 11 Oktober 2026 (Ahad)
MasaΒ  Β  Β  : 3.00 petang
TempatΒ  : Bilik Gerakan,Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli
Β 
YABrs. Ketua Jajahan Jeli telah menerima Kunjungan Pengenalan daripada Agrobank Centre Of Excellence (ACE). Rombongan tersebut dihadiri oleh En. Mohd Nasiruddin Bin Nordin @ Ghani - Pengurus Cawangan Agrobank Jeli, Pn. Rosnani Binti Ibrahim - Head of Sales & Services, En. Mohd Farid Asyraf Bin Rafei - Community Development Advisor ACE, Pn. Nurrul Izdihar Binti Mohd Zain - Lead Trainer ACE, En. Muhamad Nasrul Bin Shaidon - Development (Trainer) ACE dan En Nik Sharifuddin bin Bakri (Head of Commercial Kelantan Terengganu) ACE.
Β 
Turut hadir bersama YABrs. Ketua Jajahan ialah Para Pegawai yang terdiri daripada Encik Mohd Shamsul Baharin Bin Isa (Timbalan Ketua Jajahan), Tuan Haji Ikhwan Bin Mat Yasin @Hashim (Ketua Penolong Ketua Jajahan (Pembangunan)), Encik Mohd Aiman Bin Mohd Hassan Hilmi (Pen. Ketua Jajahan (Pembangunan Tanah Dan Pelupusan)), Encik Mohd Zawardi Bin Haji Mamat (Penggawa Jeli), Encik Ibrahim Bin Salleh (Penggawa Kuala Balah) dan Encik Mohamad Zainudin Bin Nawi (Penggawa Batu Melintang).
Β 
Semoga kunjungan ini dapat menjalinkan kerjasama dalam Pembangunan Komuniti di Daerah Jeli.
Β 
β€œ π‘²π’‰π’Šπ’…π’Žπ’‚π’• π‘Όπ’π’•π’–π’Œ π‘Ίπ’†π’Žπ’–π’‚ β€œ.
Β 
Β 
  • Hits: 58

Lawatan Pembelajaran Teknologi Pembuatan Produk Berasaskan Buluh Antara Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli Dan Peserta Ke FRIM Kepong

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 ππ„πŒππ„π‹π€π‰π€π‘π€π π“π„πŠππŽπ‹πŽπ†πˆ ππ„πŒππ”π€π“π€π ππ‘πŽπƒπ”πŠ ππ„π‘π€π’π€π’πŠπ€π 𝐁𝐔𝐋𝐔𝐇 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐉𝐀𝐇𝐀𝐍 π‰π„π‹πˆ 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 πŠπ„ π…π‘πˆπŒ πŠπ„ππŽππ†
Β 
TarikhΒ  Β : 19 Jun 2025 (Khamis)
MasaΒ  Β  : 10:00 pagi
Tempat : FRIM Kepong
Β 
Satu lawatan pembelajaran teknologi pembuatan produk berasaskan buluh antara Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli dan peserta ke FRIM Kepong telah berjaya diadakan pada 19 Jun 2025 (Khamis).
Β 
Lawatan tersebut memberi kesan positif kepada peserta serta memberi idea baru dalam menjayakan projek EFT tahun ini. Pihak FRIM juga berjanji utk memberi kerjasama kepada PTJJ bagi sama-sama menjayakan projek ini.
Β 
Terima kasih diucapkaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan lawatan ini samada secara langsung ataupun tak langsung.
Β 
" π‘²π’‰π’Šπ’…π’Žπ’‚π’• π‘Όπ’π’•π’–π’Œ π‘Ίπ’†π’Žπ’–π’‚ "
Β 
Β 
  • Hits: 780

Majlis Penyampaian Sumbangan RKP YABrs. Ketua Jajahan Dan Sumbangan MAIK

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„ππ˜π€πŒππ€πˆπ€π π’π”πŒππ€ππ†π€π π‘πŠπ π˜π€ππ«π¬. πŠπ„π“π”π€ 𝐉𝐀𝐉𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 π’π”πŒππ€ππ†π€π πŒπ€πˆπŠ
Β 
TarikhΒ  Β : 21 Ogos 2025 (Khamis) / 27 Safar 1447H
MasaΒ  Β  : 09:00 pagi
Tempat : Mukim Gemang, Jeli
Β 
Majlis Penyampaian Sumbangan RKP YABrs. Ketua Jajahan dan Sumbangan MAIK kepada mangsa-mangsa ribut bagi Mukim Gemang telah disempurnakan oleh YBrs. Ketua Jajahan bersama Al-fadil Imam Tua Masjid Jamek Sultan Muhammad 1, Jeli dan YBrs. Timbalan Ketua Jajahan. Turut hadir semasa majlis tersebut, Penggawa dan Pembantu Penggawa Daerah Jeli, Pengarah Pusat Khidmat DUN Ayer Lanas, Penghulu Mukim Gemang serta rombongan Unit Pembangunan PTJJ.
Β 
Kejadian ribut beserta hujan lebat yang berlaku pada Isnin 18 Ogos 2024, lebih kurang jam 7:00 malam telah menyebabkan beberapa rumah di sekitar Mukim Gemang telah mengalami kerosakan yang teruk. Semoga sumbangan tersebut diharap dapat meringankan ujian yang menimpa mangsa-mangsa yang terlibat.
Β 
β€œπ‘²π’‰π’Šπ’…π’Žπ’‚π’• π‘Όπ’π’•π’–π’Œ π‘Ίπ’†π’Žπ’–π’‚β€.
Β 
Β 
  • Hits: 260
KELGOV PPST