Majlis Sambutan Hari Inovasi Sektor Awam Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2025
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
ย
Tarikhย ย : 09 September 2025 (Selasa), bersamaan 16 Rabiulawal 1447H
Masaย ย : 08:00 pagi - 01:00 tengahari
Tempat : Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darulnaim
ย
Majlis Sambutan Hari Inovasi Sektor Awam Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2025 telah diadakan di Dewan Bunga Teratai Kompleks Kota Darulnaim pada 09 September 2025 (Selasa), bersamaan 16 Rabiulawal 1447H. Majlis dirasmikan oleh YBM Datoโ Tengku Kaya Perkasa Datoโ Dr.Tengku Mohamed Faziharudean Bin Tengku Feissal, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.
ย
Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli telah menyertai 3 Kategori iatu Inovasi Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (AIICT), Anugerah Inovasi Pentadbiran Tanah dan Jajahan (AIPTJ) dan KIK Horizon Baru.
ย
Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli berjaya meraih Empat (4) bintang bagi kategori KIK Horizon Baru dengan memperkenalkan Kraftangan Buluh Kampung Kalai dan Kampung Orang Asli Sungai Rual, dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli, Majlis Pembangunan Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dan Unit Penyelarsan Pelaksanaan (ICU,JPM). Kumpulan ini berjaya membawa pulang wang tunai, sijil dan plak iringan. Selain itu, Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli turut menerima penghargaan saguhati bagi penyertaan kategori Inovasi Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (AIICT) dan Anugerah Inovasi Pentadbiran Tanah dan Jajahan (AIPTJ).
ย
Semoga Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli terus cemerlang pada masa akan datang.
ย
โ ๐ฒ๐๐๐
๐๐๐ ๐ผ๐๐๐๐ ๐บ๐๐๐๐ โ.
ย

ย
ย
ย
- Hits: 266



