Accessibility Tools

Skip to main content

Perhimpunan Bulanan Warga Kerja Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli

ππ„π‘π‡πˆπŒππ”ππ€π 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 πŠπ„π‘π‰π€ 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐉𝐀𝐇𝐀𝐍 π‰π„π‹πˆ
Β 
TarikhΒ  Β : 27 Julai 2025 (Ahad)
MasaΒ  Β  : 8.30 Pagi
Tempat : Pintu Utama Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli
Β 
Perhimpunan Bulanan Warga Kerja Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli telah diadakan pada 27 Julai 2025 (Ahad) seperti arahan daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (SUK) di mana Pelaksanaan Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Selamat Sultan Dan Bacaan Ikrar Rukun Negara perlu dibuat sebulan sekali.
Β 
Semasa perhimpunan ni juga telah diselitkan Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan bagi sukuan bulanan sesi April - Jun 2025, melibatkan 4 Bahagian iaitu Bahagian Pentadbiran, Bahagian Pembangunan, Bahagian Tanah (Teknikal Dan Bukan Teknikal) yang telah disampaikan oleh YABrs. Ketua Jajahan Jeli.
Β 
Sekalung tahniah diucapkan kepada penerima-penerima Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan sesi April - Jun 2025 :-
Β 
1) Bahagian Pentadbiran : En. Mohd Zulhilmi Bin Mohd Hussin
2) Bahagian Pembangunan : En. Mohd Zawardi Bin Haji Mamat
3) Bahagian Tanah (Bukan Teknikal) : Cik Saidah Adibah Binti Napi (Wakil)
4) Bahagian Tanah (Teknikal) : En. Mohamad Amirul Hafizi Bin Norzailan
Β 
β€œ π‘²π’‰π’Šπ’…π’Žπ’‚π’• π‘Όπ’π’•π’–π’Œ π‘Ίπ’†π’Žπ’–π’‚ β€œ.
Β 
Β 
  • Hits: 462

Perhimpunan Bulanan Warga Kerja Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli

ππ„π‘π‡πˆπŒππ”ππ€π 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 πŠπ„π‘π‰π€ 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐉𝐀𝐇𝐀𝐍 π‰π„π‹πˆ
Β 
TarikhΒ  Β : 06 Oktober 2025 (Isnin)
MasaΒ  Β  : 8.30 Pagi
Tempat : Pintu Utama Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli
Β 
Perhimpunan Bulanan Warga Kerja Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli telah diadakan pada 06 Oktober 2025 (Isnin) seperti arahan daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (SUK) di mana Pelaksanaan Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Selamat Sultan Dan Bacaan Ikrar Rukun Negara perlu dibuat sebulan sekali.
Β 
Semasa perhimpunan ni juga telah diselitkan Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan bagi sukuan bulanan sesi Julai - September 2025, melibatkan 4 Bahagian iaitu Bahagian Pentadbiran, Bahagian Pembangunan, Bahagian Tanah (Teknikal Dan Bukan Teknikal) yang telah disampaikan oleh YABrs. Ketua Jajahan Jeli.
Β 
Sekalung tahniah diucapkan kepada penerima-penerima Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan sesi Julai - September 2025 :-
Β 
1) Bahagian Pentadbiran : En. Hamdan Bin Hanapi
2) Bahagian Pembangunan : En. Mohd Zul Irham Bin Che Ismail
3) Bahagian Tanah (Bukan Teknikal) : Pn. Nadzmine Binti Noordin
4) Bahagian Tanah (Teknikal) : En. Muhamad Firdaus Bin Jeffri
Β 
Semoga anugerah ini lebih lagi membakar semangat dan terus berkhidmat dengan lebih cemerlang di masa-masa akan datang.
Β 
β€œπ‘²π’‰π’Šπ’…π’Žπ’‚π’• π‘Όπ’π’•π’–π’Œ π‘Ίπ’†π’Žπ’–π’‚β€.
Β 
Β 
Β 
  • Hits: 221

Perhimpunan Bulanan Warga Kerja Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli

ππ„π‘π‡πˆπŒππ”ππ€π 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 πŠπ„π‘π‰π€ 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐉𝐀𝐇𝐀𝐍 π‰π„π‹πˆ
Β 
TarikhΒ  Β : 07 Disember 2025 (Ahad) / 16 Jamadilakhir 1447H
MasaΒ  Β  : 08:30 pagi
Tempat : Pintu Utama Pejabat (Ruang Parking Ketua Jajahan)
Β 
Perhimpunan Bulanan Warga Kerja Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli bagi bulan Disember telah diadakan pada 07 Disember 2025 (Ahad) seperti arahan daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (SUK) di mana Pelaksanaan Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Selamat Sultan Dan Bacaan Ikrar Rukun Negara perlu diadakan sebulan sekali.
Β 
β€œπ‘²π’‰π’Šπ’…π’Žπ’‚π’• π‘Όπ’π’•π’–π’Œ π‘Ίπ’†π’Žπ’–π’‚β€.
Β 
Β 
Β 
  • Hits: 100

Pertandingan Memancing Ikan Toman Piala YAB Dato' Panglima Perang Menteri Besar Kelantan Tahun 2025

ππ„π‘π“π€ππƒπˆππ†π€π πŒπ„πŒπ€ππ‚πˆππ† πˆπŠπ€π π“πŽπŒπ€π ππˆπ€π‹π€ π˜π€π πƒπ€π“πŽβ€™ ππ€ππ†π‹πˆπŒπ€ 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆 πŒπ„ππ“π„π‘πˆ 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑 πŠπ„π‹π€ππ“π€π 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ“
Β 
TARIKHΒ  : 22 JAMADIL AKHIR 1447H | 13 DISEMBER 2025M (SABTU)
TEMPAT : TAMAN PERLINDUNGAN EKOSISTEM SULTAN ISMAIL PETRA (TPESIP), TASIK PERGAU
Β 
Pertandingan Memancing Ikan Toman Piala YAB Dato’ Panglima Perang Menteri Besar Kelantan Tahun 2025 telah diadakan di Taman Perlindungan Ekosistem Sultan Ismail Petra (TPESIP), Tasik Pergau.
Β 
YABrs. Ketua Jajahan Jeli mengiringi YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar Kelantan menyempurnakan Pertandingan Memancing Ikan Toman Piala YAB Dato’ Panglima Perang Menteri Besar Kelantan untuk perasmian penutup pesta ini. Turut hadir sama ialah YB Dato’ Rosnazli Bin Haji Amin, Pegawai Kewangan Negeri Kelantan, YB Datuk Kamarudin Bin Md Nor, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan Negeri Kelantan, YB. Dato' Haji Abdul Hadi Bin Awang Kechil, ADUN Kuala Balah serta timbalan-timbalan EXCO, Ketua-ketua Jabatan Negeri Kelantan.
Β 
Pertandingan tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan yang telah disertai seramai 350 orang peserta dari seluruh negeri yang terdiri dari Johor, Kedah, Terengganu dan lain-lain negeri lagi.
Β 
Pelepasan peserta-peserta seawal jam 8:00 pagi yang telah disempurnakan oleh YABrs. Ketua Jajahan Jeli bersama YB Datuk Kamarudin Bin Md Nor, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan Negeri Kelantan.
Β 
YAB Menteri Besar Kelantan juga turut menyampaikan hadiah kepada peserta yang berjaya dinobatkan sebagai juara dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM3,000. Manakala naib johan pula telah mendapat hadiah wang tunai berjumlah RM2,000, tempat ketiga berjumlah RM1,500, keempat RM1,000 dan kelima RM500. Sebanyak 20 cabutan bertuah juga turut diberikan kepada peserta yang bertuah.
Β 
Penganjuran pertandingan memancing ini, bukan sahaja bertujuan sebagai aktiviti riadah atau pesta semata-mata, malah membawa makna yang besar kepada masyarakat dalam mempromosikan Jajahan Jeli sebagai destinasi eko pelancongan yang wajib dikunjungi pada masa-masa akan datang.
Β 
β€œπ‘²π’‰π’Šπ’…π’Žπ’‚π’• π‘Όπ’π’•π’–π’Œ π‘Ίπ’†π’Žπ’–π’‚β€.
Β 
Β 
  • Hits: 92

Pesta Berakit Jajahan Jeli 2025

𝐏𝐄𝐒𝐓𝐀 ππ„π‘π€πŠπˆπ“ 𝐉𝐀𝐉𝐀𝐇𝐀𝐍 π‰π„π‹πˆ πŸπŸŽπŸπŸ“
Β 
TARIKHΒ  : 13 SEPTEMBER 2025M | 20 RABIUL AWAL 1447H (SABTU)
TEMPAT : TAMAN REKREASI CAHAYA IBADAH, GUNUNG RENG JELI, KELANTAN
Β 
Pesta Berakit Jajahan Jeli 2025 telah diadakan di Taman Rekreasi Kg. Dendong ke Taman Rekreasi Cahaya Ibadah, Gunung Reng, Jeli.
YABrs. Ketua Jajahan Jeli mengiringi YAB Ustaz Dato' Panglima Perang Dato' Mohd Nassuruddin Bin Daud, Menteri Besar Kelantan untuk perasmian pesta ini. YAB Menteri Besar Kelantan juga turut sama menyertai aktiviti berakit ini. Turut hadir sama ialah YB Datuk Kamarudin Bin Md Nor, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan Negeri Kelantan, YB. Dato' Haji Abdul Hadi Bin Awang Kechil, ADUN Kuala Balah serta timbalan-timbalan EXCO, Ketua-ketua Jabatan negeri Kelantan.
Β 
Pesta Berakit pada tahun ini berkonsepkan acara pertandingan Rakit Berhias dan Pertandingan Kayak. Pesta ini juga telah mendapat penyertaan secara berkumpulan daripada jabatan dan agensi kerajaan/swasta dan juga pertubuhan/persatuan samada di sekitar Jajahan jeli dan juga dari luar Jajahan Jeli. Kehadiran penduduk tempatan juga turut memeriahkan suasana yang memberikan sokongan kepada jabatan masing-masing.
YAB Menteri Besar Kelantan juga turut menyampaikan hadiah kepada jabatan yang memenangi hiasan rakit tercantik. Pasukan Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli telah mendapat tempat pertama, disusuli naib johan dimenangi oleh TNB Pergau, manakala tempat ke tiga dimenangi oleh Majlis Daerah Bachok.
Β 
Penganjuran Pesta Berakit pada tahun ini juga bukan sahaja bertujuan sebagai aktiviti riadah atau pesta semata-mata, malah membawa makna yang besar kepada masyarakat dalam mempromosikan Jajahan Jeli sebagai destinasi eko pelancongan yang wajib dikunjungi pada masa-masa akan datang.
Β 
" π‘²π’‰π’Šπ’…π’Žπ’‚π’• π‘Όπ’π’•π’–π’Œ π‘Ίπ’†π’Žπ’–π’‚
Β 
Β 
Β 
  • Hits: 315
KELGOV PPST