Accessibility Tools

Skip to main content

Pesta Berakit Jajahan Jeli 2025

๐๐„๐’๐“๐€ ๐๐„๐‘๐€๐Š๐ˆ๐“ ๐‰๐€๐‰๐€๐‡๐€๐ ๐‰๐„๐‹๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“
ย 
TARIKHย  : 13 SEPTEMBER 2025M | 20 RABIUL AWAL 1447H (SABTU)
TEMPAT : TAMAN REKREASI CAHAYA IBADAH, GUNUNG RENG JELI, KELANTAN
ย 
Pesta Berakit Jajahan Jeli 2025 telah diadakan di Taman Rekreasi Kg. Dendong ke Taman Rekreasi Cahaya Ibadah, Gunung Reng, Jeli.
YABrs. Ketua Jajahan Jeli mengiringi YAB Ustaz Dato' Panglima Perang Dato' Mohd Nassuruddin Bin Daud, Menteri Besar Kelantan untuk perasmian pesta ini. YAB Menteri Besar Kelantan juga turut sama menyertai aktiviti berakit ini. Turut hadir sama ialah YB Datuk Kamarudin Bin Md Nor, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan Negeri Kelantan, YB. Dato' Haji Abdul Hadi Bin Awang Kechil, ADUN Kuala Balah serta timbalan-timbalan EXCO, Ketua-ketua Jabatan negeri Kelantan.
ย 
Pesta Berakit pada tahun ini berkonsepkan acara pertandingan Rakit Berhias dan Pertandingan Kayak. Pesta ini juga telah mendapat penyertaan secara berkumpulan daripada jabatan dan agensi kerajaan/swasta dan juga pertubuhan/persatuan samada di sekitar Jajahan jeli dan juga dari luar Jajahan Jeli. Kehadiran penduduk tempatan juga turut memeriahkan suasana yang memberikan sokongan kepada jabatan masing-masing.
YAB Menteri Besar Kelantan juga turut menyampaikan hadiah kepada jabatan yang memenangi hiasan rakit tercantik. Pasukan Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli telah mendapat tempat pertama, disusuli naib johan dimenangi oleh TNB Pergau, manakala tempat ke tiga dimenangi oleh Majlis Daerah Bachok.
ย 
Penganjuran Pesta Berakit pada tahun ini juga bukan sahaja bertujuan sebagai aktiviti riadah atau pesta semata-mata, malah membawa makna yang besar kepada masyarakat dalam mempromosikan Jajahan Jeli sebagai destinasi eko pelancongan yang wajib dikunjungi pada masa-masa akan datang.
ย 
" ๐‘ฒ๐’‰๐’Š๐’…๐’Ž๐’‚๐’• ๐‘ผ๐’๐’•๐’–๐’Œ ๐‘บ๐’†๐’Ž๐’–๐’‚
ย 
ย 
ย 
  • Hits: 460

Program Agihan Daging Lembu Kurniaan KDYMM Sultan Muhammad V Di Jajahan Jeli

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐€๐†๐ˆ๐‡๐€๐ ๐ƒ๐€๐†๐ˆ๐๐† ๐‹๐„๐Œ๐๐” ๐Š๐”๐‘๐๐ˆ๐€๐€๐ ๐Š๐ƒ๐˜๐Œ๐Œ ๐’๐”๐‹๐“๐€๐ ๐Œ๐”๐‡๐€๐Œ๐Œ๐€๐ƒ ๐• ๐ƒ๐ˆ ๐‰๐€๐‰๐€๐‡๐€๐ ๐‰๐„๐‹๐ˆ
ย 
๐“๐€๐‘๐ˆ๐Š๐‡ย  : ๐ŸŽ๐Ÿ“ ๐€๐๐‘๐ˆ๐‹ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐€๐‡๐€๐ƒ) ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€๐€๐ ๐Ÿ๐Ÿ” ๐’๐˜๐€๐–๐€๐‹ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡
๐Œ๐€๐’๐€ย  ย  ย  : ๐ŸŽ๐Ÿ–:๐ŸŽ๐ŸŽ ๐๐€๐†๐ˆ
ย 
Menjunjung kasih atas kurniaan daging lembu oleh KDYMM Sultan Muhammad V kepada penduduk Jajahan Jeli.
ย 
Program ini telah dilaksanakan di dua lokasi iaitu Masjid Darul โ€˜Afwa Seberang Jeli dan Masjid Al-Muhibbin Mukim Kalai.
ย 
Pengagihan di Masjid Darul โ€˜Afwa Seberang Jeli telah disempurnakan oleh YABrs. Encik Wan Fahazil bin Wan Mohamad Jaffar, Ketua Jajahan Jeli diiringi oleh YBrs. Encik Ikhwan bin Mat Yasin @ Hashim, Ketua Penolong Ketua Jajahan (Pembangunan).
ย 
Manakala, YBrs. Encik Mohd Shamsul Baharin bin Isa, Timbalan Ketua Jajahan diiringi oleh YBrs. Encik Mohammed Faris bin M Rosdi, Pegawai Pembangunan Sosio Ekonomi turut mengagihkan daging lembu kurniaan di Masjid Al-Muhibbin Mukim Kalai.
ย 
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini samada secara langsung atau tidak langsung.
ย 
โ€œ ๐‘ฒ๐’‰๐’Š๐’…๐’Ž๐’‚๐’• ๐‘ผ๐’๐’•๐’–๐’Œ ๐‘บ๐’†๐’Ž๐’–๐’‚ โ€œ.
ย 
ย 
ย 
  • Hits: 153

Program Delegasi Thailand Ke Jeli Untuk Projek Mewujudkan Hubungan Rakyat Dengan Rakyat Di Kawasan Sempadan Thailand - Malaysia (Daerah Sukhirin, Wilayah Narathiwat - Jajahan Jeli, Kelantan)

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐ƒ๐„๐‹๐„๐†๐€๐’๐ˆ ๐“๐‡๐€๐ˆ๐‹๐€๐๐ƒ ๐Š๐„ ๐‰๐„๐‹๐ˆ ๐”๐๐“๐”๐Š ๐๐‘๐Ž๐‰๐„๐Š ๐Œ๐„๐–๐”๐‰๐”๐ƒ๐Š๐€๐ ๐‡๐”๐๐”๐๐†๐€๐ ๐‘๐€๐Š๐˜๐€๐“ ๐ƒ๐„๐๐†๐€๐ ๐‘๐€๐Š๐˜๐€๐“ ๐ƒ๐ˆ ๐Š๐€๐–๐€๐’๐€๐ ๐’๐„๐Œ๐๐€๐ƒ๐€๐ ๐“๐‡๐€๐ˆ๐‹๐€๐๐ƒ - ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ (๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐’๐”๐Š๐‡๐ˆ๐‘๐ˆ๐, ๐–๐ˆ๐‹๐€๐˜๐€๐‡ ๐๐€๐‘๐€๐“๐‡๐ˆ๐–๐€๐“ - ๐‰๐€๐‰๐€๐‡๐€๐ ๐‰๐„๐‹๐ˆ, ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐‹๐€๐๐“๐€๐).
ย 
Tarikhย  ย : 19 Ogos 2025 (Selasa)
Masaย  ย  : 09:00 pagi
Tempat : Rumah Kediaman Rasmi Ketua Jajahan Jeli, Padang Istiadat Majlis Daerah Jeli dan Gunung Reng
ย 
YABrs. Ketua Jajahan Jeli telah menerima kunjungan delegasi daripada Thailand pada 19 Ogos 2025 (Selasa) di Kediaman Rasmi Ketua Jajahan Jeli. Rombongan delegasi daripada Thailand telah dihadiri seramai 50 orang yang diketuai oleh YABrs. Ketua Daerah Sukhirin bersama pegawai-pegawai dan juga rakyat Thailand yang terlibat. Manakala YABrs. Ketua Jajahan Jeli telah diiringi oleh pegawai-pegawai dari jabatan-jabatan yang terlibat.
ย 
Turut diadakan juga sukan rakyat antara delegasi YABrs. Ketua Daerah Sukhirin dengan Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli. Program seperti ini sekaligus merapatkan hubungan antara dua negara disamping juga untuk mempromosikan produk pelancongan di Jajahan Jeli. Antara sukan rakyat yang diadakan terdiri daripada perlawanan persahabatan bola sepak, perlawanan persahabatan โ€œtarik taliโ€ dan perlawanan persahabatan โ€œlari dalam guniโ€. Setelah selesai sukan rakyat tersebut, sebelum bergerak pulang ke Daerah Sukhirin, delegasi Thailand telah dibawa ke Gunung Reng untuk jamuan makan tengahari sambil menikmati pemandangan Gunung Reng di tepi sungai bersama pemimpin setempat YB Exco, Datuk Kamarudin Bin Yaโ€™kub, YB Adun Kuala Balah, Datoโ€™ Abdul Hadi Bin Awang Kechil Serta Datoโ€™ Haji Abdullah Bin Yaโ€™kub.
ย 
Terima kasih kepada YB atas kesudian meluangkan masa bersama meraikan delegasi dan terima kasih juga atas penglibatan bersama warga kerja Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli, Majlis Daerah Jeli, IPD Jeli, Batalion Ke 2 Rejimen Sempadan Kem Batu Melintang, Pejabat Imigresen Bukit Bunga serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia Bukit Bunga.
ย 
Semoga persahabatan serta hubungan diplomatik antara kedua-dua negara terus terjalin dan ukhuwah sesama kita terpelihara.
ย 
Terima kasih atas kerjasama dan sokongan oleh semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.
ย 
โ€œ๐‘ฒ๐’‰๐’Š๐’…๐’Ž๐’‚๐’• ๐‘ผ๐’๐’•๐’–๐’Œ ๐‘บ๐’†๐’Ž๐’–๐’‚โ€.
ย 
ย 
  • Hits: 303

Program Kacau Suro Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli Tahun 1447H/2025M

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Š๐€๐‚๐€๐” ๐’๐”๐‘๐Ž ๐๐„๐‰๐€๐๐€๐“ ๐“๐€๐๐€๐‡ ๐ƒ๐€๐ ๐‰๐€๐‰๐€๐‡๐€๐ ๐‰๐„๐‹๐ˆ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“๐Œ
ย 
Tarikhย  ย : ๐Ÿ๐Ÿ” ๐‰๐ฎ๐ฅ๐š๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ (๐‘๐š๐›๐ฎ), ๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š๐š๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ ๐Œ๐ฎ๐ก๐š๐ซ๐ซ๐š๐ฆ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡
Masaย  ย  : ๐ŸŽ๐Ÿ–:๐ŸŽ๐ŸŽ ๐ฉ๐š๐ ๐ข
Tempat : ๐๐ž๐ฃ๐š๐›๐š๐ญ ๐“๐š๐ง๐š๐ก ๐ƒ๐š๐ง ๐‰๐š๐ฃ๐š๐ก๐š๐ง ๐‰๐ž๐ฅ๐ข
ย 
YABrs. Ketua Jajahan Jeli mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Pegawai dan warga kerja PTJJ yang telah bekerjasama menjayakan Program Kaca Suro yang telah diadakan pada 16 Julai 2025 (Rabu) di Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli. Sebanyak 3 kawah bubur assyura telah dikacau oleh warga PTJJ secara bergilir-gilir.
ย 
YABrs. Ketua Jajahan Jeli berharap agar program ini dapat diadakan setiap tahun supaya dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan warga kerja Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli.
ย 
โ€œ ๐‘ฒ๐’‰๐’Š๐’…๐’Ž๐’‚๐’• ๐‘ผ๐’๐’•๐’–๐’Œ ๐‘บ๐’†๐’Ž๐’–๐’‚ "
ย 
ย 
ย 
ย 
  • Hits: 724

Program Kacau Suro Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli Tahun 2026M/1448H

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Š๐€๐‚๐€๐” ๐’๐”๐‘๐Ž ๐๐„๐‰๐€๐๐€๐“ ๐“๐€๐๐€๐‡ ๐ƒ๐€๐ ๐‰๐€๐‰๐€๐‡๐€๐ ๐‰๐„๐‹๐ˆ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Œ/๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ–๐‡
ย 
Tarikhย  ย  : 15 Julai 2026 (Rabu) bersamaan 29 Muharam 1448H
Masaย  ย  ย : 8.00 pagi
Tempatย  : Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli
ย 
Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli telah menganjurkan Program Kacau Suro Tahun 2026M/1448H pada 15 Julai 2026 (Rabu) bertempat di Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli. Program yang diadakan bersempena bulan Muharam ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pegawai dan seluruh warga kerja PTJJ.
ย 
Sebanyak tiga kawah bubur Asyura telah berjaya disediakan melalui semangat kerjasama warga PTJJ yang bergilir-gilir mengacau bubur sehingga siap. Program ini bukan sahaja mengekalkan tradisi masyarakat setempat, malah menjadi medium untuk memupuk semangat muafakat, kerjasama dan ukhuwah dalam kalangan warga kerja.
ย 
YABrs. Ketua Jajahan Jeli merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pegawai serta warga kerja PTJJ yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program ini.
ย 
"๐Š๐ก๐ข๐๐ฆ๐š๐ญ ๐”๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐’๐ž๐ฆ๐ฎ๐š"
ย 
ย 
  • Hits: 190
KELGOV PPST