Program Kaunter Kutipan Hasil Luar Dan Promosi Tukar Status Pajakan Kepada Selama-lamanya Di pasar Pagi Kuala Balah

Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli telah mengadakan Program Kaunter Kutipan Hasil Luar Serta Promosi Tukar Status Pajakan Kepada Selama-lamanya bertempat di Pasar Pagi Kuala Balah pada 08 Mac 2024 ( Jumaat ). Kaunter tersebut dibuka seawal jam 9.00 pagi sehingga jam 12.30 tengahari. Program tersebut diadakan untuk memudahkan pelanggan-pelanggan membayar hasil tanah tanpa perlu datang ke Pejabat Tanah. Disamping itu juga, dapat mempromosikan pemberimilikan tanah untuk tempoh selama-lamanya bagi orang melayu anak Kelantan.
Β 
Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan-pelanggan. Terima kasih kepada semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung, terutamanya kepada Penggawa dan Pembantu Penggawa Daerah Kuala Balah, Penghulu serta Unit Hasil dan Tanah PTJJ.
Β 
" π‘²π’‰π’Šπ’…π’Žπ’‚π’• π‘Όπ’π’•π’–π’Œ π‘Ίπ’†π’Žπ’–π’‚ "
Β 
Β