ms Malay en English
                       

Program Ketua Jajahan Masuk Kampung Bersama Pengerusi Puspanita Cawangan Jajahan Jeli Ke Perkampungan Orang Asli, Sg. Rual

Program Ketua Jajahan Masuk Kampung Bersama Pengerusi Puspanita Cawangan Jajahan Jeli Ke Perkampungan Orang Asli, Sg. Rual telah diadakan pada 22 September 2020 (Selasa), bermula jam 8.00 pagi. Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan sepanjang program tersebut. Antaranya pameran dari Pejabat Polis Daerah Jeli, pemeriksaan kesihatan & derma darah oleh Pejabat Kesihatan Daerah Jeli, pameran binatang oleh Jabatan Perhilitan Negeri Kelantan Konservasi Hidupan Liar, senamrobik, pertandingan mewarna, demonstrasi masakan serta solekan oleh AJK dan ahli Puspanita Cawangan Jajahan Jeli. 

© Hakcipta Terpelihara (2018) Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli | Tarikh Kemaskini : 27 Oktober 2020