Previous Next

Program Penyerahan Bantuan Ramadhan Majlis Orang-orang Besar (MOB) Jajahan Jeli Tahun 2021

Program Penyerahan Bantuan Ramadhan Majlis Orang-orang Besar (MOB) Jajahan Jeli Tahun 2021 kepada keluarga miskin di Jajahan Jeli telah diadakan pada hari Khamis 25 Sya'aban 1442H, bersamaan 08 April 2021. Bantuan tersebut dapat membantu persiapan mereka dalam menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini. Penyerahan bantuan tersebut melibatkan 3 daerah iaitu Daerah Jeli, Batu Melintang dan Kuala Balah. YABrs. Ketua Jajahan bersama YBrs. Pengerusi Puspanita Cawangan Jajahan Jeli berbesar hati menyampaikan bantuan tersebut di sekitar daerah Jeli.