Program Kaunter Kutipan Hasil Luar Di Pasar Kuala Balah, Jeli

Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli telah mengadakan Program Kaunter Kutipan Hasil Luar pada 18 Mac 2022 (Jumaat) bertempat di Pasar Kuala Balah, Jeli, bermula jam 09.00 pagi hingga 12.00 tengahari mengikut SOP yang telah ditetapkan. Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk tempatan dan sekitar Daerah Kuala Balah.
 
Sehubungan itu, Unit Hasil, PTJJ mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini terutama kepada Penggawa Daerah Kuala Balah di atas kerjasama yang diberikan dalam persiapan tempat program tersebut.