Program Kaunter Kutipan Hasil Luar di Pejabat Penggawa Batu Melintang, Jeli

Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli telah mengadakan Program Kaunter Kutipan Hasil Luar pada 15 Mei 2022 (Ahad) bertempat di Pejabat Penggawa Batu Melintang, Jeli, bermula jam 09.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk tempatan dan sekitar Daerah Batu melintang.
 
Sehubungan itu, Unit Hasil, PTJJ mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini terutama kepada Penggawa, Pembantu Penggawa dan penghulu Daerah Batu melintang di atas kerjasama yang diberikan dalam persiapan tempat program tersebut.