ms Malay en English
          soalan    hubungi    aduan    petalaman 

Program Ukhuwah Kawah Merdeka Bersama Ketua Jajahan Jeli Tahun 2022

YABrs. Ketua Jajahan Jeli mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Jabatan yang telah menyertai Program Ukhwah Kawah Merdeka Bersama Ketua Jajahan Jeli Tahun 2022 yang telah diadakan pada 28 Ogos 2022 (Ahad), bersamaan 30 Muharram 1444H seawal jam 6:45 pagi. Program ini telah disertai oleh beberapa Jabatan di sekitar Jajahan Jeli melibatkan 15 kawah semuanya. Turut diadakan pertandingan bubur assyura terbaik yang telah dimenangi oleh kawah Ibu Pejabat Polis Daerah Jeli, tempat kedua kawah Pejabat Pendidikan Daerah Jeli, manakala tempat ketiga dimenangi oleh gabungan kawah dari Pejabat BOMBA dan FELCRA Jeli. Hamper kemenangan ini telah disampaikan oleh YABrs. Ketua Jajahan Jeli.
Selain itu juga, YABrs. Ketua Jajahan Jeli berharap agar program ini dapat diadakan setiap tahun supaya dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan jabatan-jabatan di Jajahan Jeli.
 
Tarikh Kemaskini : 24 Mac 2024
© Hakcipta Terpelihara (2018) Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli
KELGOV PPST