Lawatan Turun Padang PUSPANITA Cawangan Negeri Kelantan Ke Jajahan Jeli

YABrs. Tn. Hj. Nik Raisnan B. Hj. Daud, Ketua Jajahan Jeli dan YBrs. Puan Hjh. Nik Aidil Marina Bt. Datuk Hj. Nik Sapeia, Pengerusi PUSPANITA Jajahan Jeli mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah berganding bahu bertungkus lumus menbantu menjayakan Lawatan Turun Padang PUSPANITA Cawangan Negeri Kelantan ke Jajahan Jeli pada 08 September 2022 (Khamis). Terima kasih juga diucapkan kepada semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung bagi melancarkan lagi program tersebut.
 
YBhg. Datin Kaya Setia Datin Dr. Hjh. Wan Nazariah Bt. W. Hassan, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kelantan dan Majlis Pengurusan Tertinggi PUSPANITA telah dibawa melawat ke tempat-tempat menarik di sekitar Jajahan Jeli seperti ke Lata Kashmir, Lata Janggut, Pit Stop Belanda, Gunung Reng dan Lata Renyok. Program lawatan ini telah diadakan dengan sangat baik dan telah berjaya mencapai objektif penganjuran bagi mengeratkan silaturahim dan menambah pengetahuan di kalangan AJK, Ahli serta peserta yang terlibat.