Previous Next

Sesi Pandu Uji (Running Test) Bot Kurniaan DYMM Sultan Muhammad V kepada Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli di Tasik Pergau

Sesi Pandu Uji (Running Test) Bot Kurniaan DYMM Sultan Muhammad V kepada Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli di Tasik Pergau untuk persediaan menghadapi musim banjir yang telah diadakan pada 21 September 2023 (Khamis), bermula jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang.

Agensi dan kekuatan anggota melibatkan Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli seramai 4 orang, PDRM 5 orang dan APM juga seramai 5 orang.

Hasil pengujian didapati bot dalam keadaan selamat dan boleh diaturgerak pada bila-bila masa.