Majlis Penyerahan Bantuan Barangan Dapur Sumbangan Peruntukan Yabrs. Ketua Jajahan Jeli Kepada Keluarga Miskin Dan Asnaf Di Daerah Kuala Balah.

Majlis penyerahan bantuan barangan dapur sumbangan peruntukan YABrs. Ketua Jajahan Jeli kepada keluarga miskin dan asnaf di Daerah Kuala Balah telah disempurnakan oleh KPKJ (Pembangunan), yang mewakili YABrs. Ketua Jajahan Jeli dan turut diiringi oleh Pegawai Pembangunan Sosio Ekonomi, Penggawa serta Penghulu bertempat di Pejabat Penggawa Kuala Balah pada 28 November 2023 (Selasa). Ucapan Ribuan terima kasih diucapkan kepada YABrs. Ketua Jajahan Jeli bagi pihak penerima anak mukim Kuala Balah.