Majlis Penyerahan Bantuan Barangan Dapur Sumbangan Peruntukan Yabrs. Ketua Jajahan Jeli Kepada Keluarga Miskin Dan Asnaf Di Daerah Batu Melintang.

Majlis penyerahan bantuan barangan dapur sumbangan peruntukan YABrs. Ketua Jajahan Jeli kepada keluarga miskin dan asnaf di Daerah Batu Melintang telah disempurnakan oleh KPKJ (Pembangunan), yang mewakili YABrs. Ketua Jajahan Jeli dan turut diiringi oleh Pegawai Pembangunan Sosio Ekonomi, Penggawa serta Penghulu di sekitar Batu Melintang pada 27 November 2023 (Isnin). Ucapan terima kasih diucapkan kepada YABrs. Ketua Jajahan Jeli bagi pihak penerima anak mukim Batu Melintang.