Bantuan Sumbangan Tabung Serambi Mekah (TSM) Kepada Mangsa Bencana Pokok Tumbang Di Sungai Long, Batu Melintang

Bantuan sumbangan Tabung Serambi Mekah (TSM) dan sedikit barangan keperluan asas telah disampaikan kepada mangsa bencana pokok tumbang En. Muhamad Al Amiru bin Zakaria di Kampung Sungai Long, Batu Melintang. Sebatang pokok telah tumbang dan menimpa bahagian tepi dan depan rumah mangsa.
 
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh YB ADUN Kuala Balah, Dato' Haji Abdul Hadi bin Awang Kechil bersama KPKJ (Pembangunan) En. Mohamad bin Jaafar, Encik Mohd Fathan Adha Bin Yasim (Pegawai Pembangunan Sosio Ekonomi) Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli yang mewakili YABrs. Ketua Jajahan Jeli serta Penggawa Daerah Batu Melintang, En. Mohamad Zainudin Bin Nawi, Penghulu Kuala Long En. Wan Azman bin Wan Musa di perkarangan rumah mangsa.