Majlis Pelancaran Pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) PTJJ

Majlis Pelancaran Pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) PTJJ telah diadakan pada 11 Mac 2020 (Rabu), bermula jam 12:00 tengahari di Bilik Gerakan Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli. Majlis tersebut telah dilancarkan oleh YABrs. Ketua Jajahan Jeli bersama YBrs. Timbalan Ketua Jajahan Jeli. Semua pegawai dan kakitangan turut hadir dan pengagihan cenderahati berbentuk 'hamper' diberikan kepada setiap Ketua Unit sebagai sokongan untuk lebih bekerjasama dalam melaksanakan program EKSA di unit masing-masing.