Program Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

APA ITU EKSA

  • EKSA atau Ekosistem Kondusif Sektor Awam merupakan penjenamaan semula Amalan 5S kepada EKSA untuk memenuhi keperluan sektor awam.
  • Pelaksanaan EKSA mempunyai matlamat yang sama untuk mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal.
  • Amalan EKSAN yang berkesan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan, menjimatkan kos dan memudahkan proses kerja.
  • EKSA berupaya memperkukuh Sistem Pengeluaran Kualiti berasakan Standard MS ISO 9000, dalam memenuhi keperluan Klausa Pengurusan Sumber berkaitan Persekitaran Kerja.
  • EKSA yang cekap, berkesan dan konsisten akan member nilai tambah kepada imej korporat jabatan/agensi secara keseluruhan.