Accessibility Tools

Skip to main content

Program Delegasi Thailand Ke Jeli Untuk Projek Mewujudkan Hubungan Rakyat Dengan Rakyat Di Kawasan Sempadan Thailand - Malaysia (Daerah Sukhirin, Wilayah Narathiwat - Jajahan Jeli, Kelantan)

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πƒπ„π‹π„π†π€π’πˆ π“π‡π€πˆπ‹π€ππƒ πŠπ„ π‰π„π‹πˆ π”ππ“π”πŠ ππ‘πŽπ‰π„πŠ πŒπ„π–π”π‰π”πƒπŠπ€π 𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 π‘π€πŠπ˜π€π“ 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 π‘π€πŠπ˜π€π“ πƒπˆ πŠπ€π–π€π’π€π π’π„πŒππ€πƒπ€π π“π‡π€πˆπ‹π€ππƒ - πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ (𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 π’π”πŠπ‡πˆπ‘πˆπ, π–πˆπ‹π€π˜π€π‡ ππ€π‘π€π“π‡πˆπ–π€π“ - 𝐉𝐀𝐉𝐀𝐇𝐀𝐍 π‰π„π‹πˆ, ππ„π†π„π‘πˆ πŠπ„π‹π€ππ“π€π).
Β 
TarikhΒ  Β : 19 Ogos 2025 (Selasa)
MasaΒ  Β  : 09:00 pagi
Tempat : Rumah Kediaman Rasmi Ketua Jajahan Jeli, Padang Istiadat Majlis Daerah Jeli dan Gunung Reng
Β 
YABrs. Ketua Jajahan Jeli telah menerima kunjungan delegasi daripada Thailand pada 19 Ogos 2025 (Selasa) di Kediaman Rasmi Ketua Jajahan Jeli. Rombongan delegasi daripada Thailand telah dihadiri seramai 50 orang yang diketuai oleh YABrs. Ketua Daerah Sukhirin bersama pegawai-pegawai dan juga rakyat Thailand yang terlibat. Manakala YABrs. Ketua Jajahan Jeli telah diiringi oleh pegawai-pegawai dari jabatan-jabatan yang terlibat.
Β 
Turut diadakan juga sukan rakyat antara delegasi YABrs. Ketua Daerah Sukhirin dengan Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli. Program seperti ini sekaligus merapatkan hubungan antara dua negara disamping juga untuk mempromosikan produk pelancongan di Jajahan Jeli. Antara sukan rakyat yang diadakan terdiri daripada perlawanan persahabatan bola sepak, perlawanan persahabatan β€œtarik tali” dan perlawanan persahabatan β€œlari dalam guni”. Setelah selesai sukan rakyat tersebut, sebelum bergerak pulang ke Daerah Sukhirin, delegasi Thailand telah dibawa ke Gunung Reng untuk jamuan makan tengahari sambil menikmati pemandangan Gunung Reng di tepi sungai bersama pemimpin setempat YB Exco, Datuk Kamarudin Bin Ya’kub, YB Adun Kuala Balah, Dato’ Abdul Hadi Bin Awang Kechil Serta Dato’ Haji Abdullah Bin Ya’kub.
Β 
Terima kasih kepada YB atas kesudian meluangkan masa bersama meraikan delegasi dan terima kasih juga atas penglibatan bersama warga kerja Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli, Majlis Daerah Jeli, IPD Jeli, Batalion Ke 2 Rejimen Sempadan Kem Batu Melintang, Pejabat Imigresen Bukit Bunga serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia Bukit Bunga.
Β 
Semoga persahabatan serta hubungan diplomatik antara kedua-dua negara terus terjalin dan ukhuwah sesama kita terpelihara.
Β 
Terima kasih atas kerjasama dan sokongan oleh semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.
Β 
β€œπ‘²π’‰π’Šπ’…π’Žπ’‚π’• π‘Όπ’π’•π’–π’Œ π‘Ίπ’†π’Žπ’–π’‚β€.
Β 
Β 
  • Hits: 183

SEO-Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli

KELGOV PPST

Dasar Privasi

Data Permohonan dan Penyelesaian Urusan Tanah di Pejabat Tanah dan Jajahan Seluruh Negeri Kelantan