Accessibility Tools

Skip to main content

Pertandingan Memancing Ikan Toman Piala YAB Dato' Panglima Perang Menteri Besar Kelantan Tahun 2025

ππ„π‘π“π€ππƒπˆππ†π€π πŒπ„πŒπ€ππ‚πˆππ† πˆπŠπ€π π“πŽπŒπ€π ππˆπ€π‹π€ π˜π€π πƒπ€π“πŽβ€™ ππ€ππ†π‹πˆπŒπ€ 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆 πŒπ„ππ“π„π‘πˆ 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑 πŠπ„π‹π€ππ“π€π 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ“
Β 
TARIKHΒ  : 22 JAMADIL AKHIR 1447H | 13 DISEMBER 2025M (SABTU)
TEMPAT : TAMAN PERLINDUNGAN EKOSISTEM SULTAN ISMAIL PETRA (TPESIP), TASIK PERGAU
Β 
Pertandingan Memancing Ikan Toman Piala YAB Dato’ Panglima Perang Menteri Besar Kelantan Tahun 2025 telah diadakan di Taman Perlindungan Ekosistem Sultan Ismail Petra (TPESIP), Tasik Pergau.
Β 
YABrs. Ketua Jajahan Jeli mengiringi YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar Kelantan menyempurnakan Pertandingan Memancing Ikan Toman Piala YAB Dato’ Panglima Perang Menteri Besar Kelantan untuk perasmian penutup pesta ini. Turut hadir sama ialah YB Dato’ Rosnazli Bin Haji Amin, Pegawai Kewangan Negeri Kelantan, YB Datuk Kamarudin Bin Md Nor, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan Negeri Kelantan, YB. Dato' Haji Abdul Hadi Bin Awang Kechil, ADUN Kuala Balah serta timbalan-timbalan EXCO, Ketua-ketua Jabatan Negeri Kelantan.
Β 
Pertandingan tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan yang telah disertai seramai 350 orang peserta dari seluruh negeri yang terdiri dari Johor, Kedah, Terengganu dan lain-lain negeri lagi.
Β 
Pelepasan peserta-peserta seawal jam 8:00 pagi yang telah disempurnakan oleh YABrs. Ketua Jajahan Jeli bersama YB Datuk Kamarudin Bin Md Nor, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan Negeri Kelantan.
Β 
YAB Menteri Besar Kelantan juga turut menyampaikan hadiah kepada peserta yang berjaya dinobatkan sebagai juara dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM3,000. Manakala naib johan pula telah mendapat hadiah wang tunai berjumlah RM2,000, tempat ketiga berjumlah RM1,500, keempat RM1,000 dan kelima RM500. Sebanyak 20 cabutan bertuah juga turut diberikan kepada peserta yang bertuah.
Β 
Penganjuran pertandingan memancing ini, bukan sahaja bertujuan sebagai aktiviti riadah atau pesta semata-mata, malah membawa makna yang besar kepada masyarakat dalam mempromosikan Jajahan Jeli sebagai destinasi eko pelancongan yang wajib dikunjungi pada masa-masa akan datang.
Β 
β€œπ‘²π’‰π’Šπ’…π’Žπ’‚π’• π‘Όπ’π’•π’–π’Œ π‘Ίπ’†π’Žπ’–π’‚β€.
Β 
Β 
  • Hits: 107

SEO-Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli

KELGOV PPST

Dasar Privasi

Data Permohonan dan Penyelesaian Urusan Tanah di Pejabat Tanah dan Jajahan Seluruh Negeri Kelantan