Accessibility Tools

Skip to main content

Perhimpunan Bulanan Dan Amanat Tahun Baharu Warga Kerja Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli

ππ„π‘π‡πˆπŒππ”ππ€π 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 & π€πŒπ€ππ€π“ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 πŠπ„π‘π‰π€ 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐉𝐀𝐇𝐀𝐍 π‰π„π‹πˆ πŸπŸŽπŸπŸ”
Β 
TarikhΒ  Β : 25 Januari 2026 (Ahad)
MasaΒ  Β  : 8.30 Pagi
Tempat : Bilik Gerakan, Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli
Β 
Perhimpunan Bulanan dan Amanat Tahun Baru Warga Kerja Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli telah diadakan pada 25 Januari 2026 (Ahad) seperti arahan daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (SUK) di mana Pelaksanaan Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Selamat Sultan Dan Bacaan Ikrar Rukun Negara perlu dibuat sebulan sekali.
Β 
Antara intipati semasa Amanat Tahun Baru yang disampaikan oleh YABrs. Ketua Jajahan Jeli adalah untuk meningkatkan lagi kecemerlangan prestasi jabatan dan warga kerja bagi tahun 2026 serta ucapan tahniah semua warga kerja atas percapaian dan perlaksanaan yang cemerlang bagi tahun 2025. Selain itu juga, telah diselitkan Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan bagi sukuan bulanan sesi Oktober - Disember 2025, melibatkan 4 Bahagian iaitu Bahagian Pentadbiran, Bahagian Pembangunan, Bahagian Tanah (Teknikal Dan Bukan Teknikal).
Β 
Sekalung tahniah diucapkan kepada penerima-penerima Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan sesi Oktober - Disember 2025 :-
Β 
1) Bahagian Pentadbiran : En. Aman Perdaus Bin Muhammad
2) Bahagian Pembangunan : En. Mat Rozi Bin Mohamad Zin
3) Bahagian Tanah (Bukan Teknikal) : En. Mohd Azizul Zaimi Bin Razali
4) Bahagian Tanah (Teknikal) : En. Nik Amat Haznizaynizan Bin Hazamat
Β 
Semoga anugerah ini lebih lagi membakar semangat dan terus berkhidmat dengan lebih cemerlang di masa-masa akan datang.
Β 
β€œπ‘²π’‰π’Šπ’…π’Žπ’‚π’• π‘Όπ’π’•π’–π’Œ π‘Ίπ’†π’Žπ’–π’‚β€.
Β 
Β 
Β 
  • Hits: 69

SEO-Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli

KELGOV PPST

Dasar Privasi

Data Permohonan dan Penyelesaian Urusan Tanah di Pejabat Tanah dan Jajahan Seluruh Negeri Kelantan