Accessibility Tools

Skip to main content

Program Kacau Suro Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli Tahun 2026M/1448H

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Š๐€๐‚๐€๐” ๐’๐”๐‘๐Ž ๐๐„๐‰๐€๐๐€๐“ ๐“๐€๐๐€๐‡ ๐ƒ๐€๐ ๐‰๐€๐‰๐€๐‡๐€๐ ๐‰๐„๐‹๐ˆ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Œ/๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ–๐‡
ย 
Tarikhย  ย  : 15 Julai 2026 (Rabu) bersamaan 29 Muharam 1448H
Masaย  ย  ย : 8.00 pagi
Tempatย  : Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli
ย 
Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli telah menganjurkan Program Kacau Suro Tahun 2026M/1448H pada 15 Julai 2026 (Rabu) bertempat di Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli. Program yang diadakan bersempena bulan Muharam ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pegawai dan seluruh warga kerja PTJJ.
ย 
Sebanyak tiga kawah bubur Asyura telah berjaya disediakan melalui semangat kerjasama warga PTJJ yang bergilir-gilir mengacau bubur sehingga siap. Program ini bukan sahaja mengekalkan tradisi masyarakat setempat, malah menjadi medium untuk memupuk semangat muafakat, kerjasama dan ukhuwah dalam kalangan warga kerja.
ย 
YABrs. Ketua Jajahan Jeli merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pegawai serta warga kerja PTJJ yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program ini.
ย 
"๐Š๐ก๐ข๐๐ฆ๐š๐ญ ๐”๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐’๐ž๐ฆ๐ฎ๐š"
ย 
ย 
  • Hits: 50

SEO-Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli

KELGOV PPST

Dasar Privasi

Data Permohonan dan Penyelesaian Urusan Tanah di Pejabat Tanah dan Jajahan Seluruh Negeri Kelantan