ms Malay en English
          soalan    hubungi    aduan    petalaman 

Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli telah mengadakan Program Kaunter Kutipan Hasil Luar Serta Promosi Tukar Status Pajakan Kepada Selama-lamanya bertempat di Pasar Pagi Kuala Balah pada 08 Mac 2024 ( Jumaat ). Kaunter tersebut dibuka seawal jam 9.00 pagi sehingga jam 12.30 tengahari. Program tersebut diadakan untuk memudahkan pelanggan-pelanggan membayar hasil tanah tanpa perlu datang ke Pejabat Tanah. Disamping itu juga, dapat mempromosikan pemberimilikan tanah untuk tempoh selama-lamanya bagi orang melayu anak Kelantan.
 
Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan-pelanggan. Terima kasih kepada semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung, terutamanya kepada Penggawa dan Pembantu Penggawa Daerah Kuala Balah, Penghulu serta Unit Hasil dan Tanah PTJJ.
 
" 𝑲𝒉𝒊𝒅𝒎𝒂𝒕 𝑼𝒏𝒕𝒖𝒌 𝑺𝒆𝒎𝒖𝒂 "
 
 

18 Syaaban 1445H, bersamaan 28 Februari 2024 (Rabu) - Pesta Berakit Antara Jabatan Dan Agensi Jajahan Jeli 2024 Sempena Tahun Melawat Kelantan 2024 (TMK 2024) telah diadakan di Taman Rekreasi Kg. Dendong ke Gunung Reng. Pesta ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan kerjasama di antara jabatan di Jajahan Jeli dan mempromosikan Jajahan Jeli sebagai destinasi eko pelancongan yang wajib dikunjungi pada tahun ini.
 
Majlis pelepasan telah disempurnakan oleh YB. Dato' Haji Abdul Hadi Bin Awang Kechil, ADUN Kuala Balah bertempat di Taman Rekreasi Dendong, bermula jam 9.30 pagi.
 
Seramai 208 peserta dan 40 buah rakit yang terdiri daripada pelbagai jabatan dan agensi di Jajahan Jeli telah menyertai pesta berakit yang julung kali diadakan pada tahun ini. Turut memeriahkan acara dengan kehadiran penduduk tempatan yang memberikan sokongan kepada jabatan yang bertanding sepanjang pesta berlangsung.
 
YB. Datuk Haji Kamarudin Bin Md. Nor, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan Kesenian Dan Warisan Negeri Kelantan bersama YABrs. Tuan Mohd Shaifudeen Bin Md Salleh, Ketua Jajahan Jeli serta YB. Dato' Haji Abdul Hadi Bin Awang Kechil, ADUN Kuala Balah juga turut menaiki rakit bagi menambahkan lagi keceriaan suasana pesta tersebut.
 
Majlis Perasmian Penutup pula telah disempurnakan oleh YB. Datuk Haji Kamarudin Bin Md. Nor, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan Kesenian Dan Warisan Negeri Kelantan.
 
YB Datuk juga turut menyampaikan hadiah kepada jabatan yang memenangi hiasan rakit tercantik. Pejabat TNB Pergau mendapat tempat pertama disusuli naib johan dimenangi oleh Pejabat Rela Jajahan Jeli, manakala tempat ke tiga dimenangi oleh Pejabat Pendidikan Daerah Jeli.
 
" 𝑲𝒉𝒊𝒅𝒎𝒂𝒕 𝑼𝒏𝒕𝒖𝒌 𝑺𝒆𝒎𝒖𝒂 "
 

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐔𝐇𝐈𝐁𝐀𝐇 𝐋𝐄𝐌𝐁𝐀𝐆𝐀 𝐇𝐀𝐒𝐈𝐋 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐉𝐀𝐇𝐀𝐍
 
15 Syaaban 1445H bersamaan 25 Februari 2024 - Lawatan Muhibah Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) Kelantan ke Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli telah diadakan bertujuan untuk memberi penghargaan kepada Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli sepanjang menjalankan tugas sebagai Timbalan Pemungut Duti Setem (TDPS) dan perkhidmatan yang diberikan dalam urusan Duti Setem.
 
Lawatan ini dihadiri oleh Encik Hassan Bin Ariffin ( Pengarah Operasi Negeri, Duti Setem & CKHT,HASiL) dan Encik Mohd Zaki Bin Md. Yusof (Eksekutif Hasil Kanan II, HASIL Kelantan). Kunjungan muhibah ini disambut oleh Encik Wan Hamdan Syadid Bin Wan Ab Manaf (Penolong Ketua Jajahan (Pendaftaran) yang mewakili YABrs Ketua Jajahan Jeli.
 
Selaras dengan penamatan penggunaan setem pelekat (setem hasil) sebagai kaedah penyeteman mulai 01 Januari 2024, Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli telah memulangkan cap logam dan peralatan pembatalan setem hasil yang telah dibekalkan sebelum ini melalui kunjungan ini.
 
"𝑲𝒉𝒊𝒅𝒎𝒂𝒕 𝑼𝒏𝒕𝒖𝒌 𝑺𝒆𝒎𝒖𝒂"

Majlis Perasmian Mesyuarat Agung BERKAT Kali Ke-11 Tahun 2024, telah diadakan pada 19 Februari 2024 (Isnin) bermula jam 11:00 pagi di Bilik Gerakan, PTJJ.
 
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YABrs. Ketua Jajahan Jeli, Tuan Mohd Shaifudeen Bin Salleh selaku Penaung Kelab Rekreasi Dan Kebajikan Kakitangan Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli (BERKAT).
 
Pelantikan AJK baharu bagi sesi 2024/2025 juga turut diumumkan oleh YBrs. Timbalan Ketua Jajahan, Encik Mohd Zulkarnain Bin Baharuddin, selaku Pengerusi Kelab Rekreasi Dan Kebajikan Kakitangan Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli (BERKAT).
 
"𝑲𝒉𝒊𝒅𝒎𝒂𝒕 𝑼𝒏𝒕𝒖𝒌 𝑺𝒆𝒎𝒖𝒂"
 

MAJLIS SAMBUTAN HARI INOVASI SEKTOR AWAM PERINGKAT NEGERI KELANTAN TAHUN 2023
 
4 Syaaban 1445H Bersamaan 14 Februari 2024 - Majlis Sambutan Hari Inovasi Sektor Awam Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2023 telah diadakan di Dewan Bunga Teratai Kompleks Kota Darulnaim. Majlis dirasmikan oleh YB Dato' Kaya Setia Dato' Nazran bin Muhammad, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.
 
Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli berjaya meraih tempat ketiga bagi Anugerah Inovasi Pentadbiran Tanah dan Jajahan (AIPTJ) dengan memperkenalkan inovasi ‘Mobile Attestation’.Kumpulan ini berjaya membawa pulang wang tunai RM1500.00, sijil dan plak iringan dan Kumpulan inovasi Coleoptera dari Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli bersama InsPek UMK telah berjaya memenangi anugerah 2 bintang bagi produk Batik Warna Alam Orang Asli Sungai Rual dalam kategori KIK Horizon Baharu.
 
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua ahli kumpulan yang mewakili Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli yang diketuai Ybrs. Penolong Ketua Jajahan (Pendaftaran), En. Wan Hamdan Syadid Bin Wan Ab Manaf dan Ybrs. Penolong Ketua Jajahan Penguatkuasaan, Teknikal & Hasil, En. Mohd Farid Ikhwan Bin Zainal. Semoga Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli terus cemerlang pada masa akan datang.
 

Page 1 of 4

Tarikh Kemaskini : 21 April 2024
© Hakcipta Terpelihara (2018) Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli

Please publish modules in offcanvas position.

SEO-Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli

KELGOV PPST