ms Malay en English
          soalan    hubungi    aduan    petalaman 

Untuk melaksanakan sistem pentadbiran Jajahan yang cekap dan berkesan bagi mencapai objektif berikut :

  • Melaksanakan tugas merancang, mengurus dan menyelaras dasar-dasar pembangunan sosio-ekonomi masyarakat luar bandar selaras dengan Dasar Kerajaan
  • Menyelaraskan kerja-kerja atau tugas-tugas Jabatan Kerajaan dalam melaksanakan projek-projek pembangunan infrastuktur
  • Mengurus dan membelanjakan Wang Awam dengan bijak mengikut peraturan yang diluluskan berasaskan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan

Untuk menjadikan pentadbiran tanah yang berupaya merancang pembangunan tanah, pelupusan tanah dan penguatkuasaan Undang-undang Tanah dengan adil dan mematuhi kehendak Dasar Pembangunan bagi mencapai matlamat berikut :

     1. Merancang pelupusan kegunaan tanah yang optima untuk pembangunan.
     2. Melaksanakan dasar tanah dengan adil dan dapat menguntungkan rakyat.

Organisasi merupakan satu unit sosial yang dibentuk untuk mencapai satu matlamat dalam organisasi. Pembahagian merupakan cara bagi pengkhususan seseorang pekerja di mana pengkhususan ini akan memendekkan jalinan perhubungan di antara pekerjanya. Secara tidak langsung ia akan memudahkan perancangan dan koordinasi dan seterusnya memudahkan penyesuaian terhadap perubahan persekitaran dengan lebih cepat. Ia juga dapat membandingkan prestasi di setiap jabatan yang ditubuhkan. 


Peranan Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli

Untuk mencapai objektif di atas, Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli akan memainkan peranan sebagai:

  1. Perancang utama pembangunan Jajahan.
  2. Penyelaras pelaksanaan pembangunan Jajahan.
  3. Agen perumahan di peringkat Jajahan.
  4. Penghubung dan penyambung lidah kerajaan.
  5. Pendorong sistem pentadbiran cemerlang dan pelopor
  6. budayakerja yang positif di peringkat Jajahan.

 
Strategi

Dalam menjalankan peranan tersebut, strategi perlu diatur di dalam sesebuah organisasi ini supaya setiap objektif yang ditentukan tercapai matlamatnya. Antara strategi organisasi ini ialah:

  1. Pembinaan kepimpinan berpasukan dan kepimpinan melalui teladan.
  2. Perundangan dan bermesyuarat.
  3. Meningkatkan hubungan interpersonal di kalangan ketua-ketua agensi peringkat Jajahan.
  4. Saling bekerjasama antara jabatan-jabatan di dalam Jajahan.
  5. Pembentukan jawatankuasa kerja.
  6. Memberikan keutamaan dan penekanan kepada pembangunan insan.
  7. Meningkatkan penghayatan budaya kerja berkualiti dan cemerlang.
  8. Perkembangan Organisasi

Secara umumnya, struktur pentadbiran Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Bahagian Khidmat Pengurusan, Bahagian Pengurusan Tanah dan Bahagian Pembangunan. Setiap bahagian dalam pentadbiran PTJJ ini memainkan peranan yang berbeza. Ini adalah untuk merealisasikan setiap program yang telah dirangka dan dapat berjalan dengan lancar.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Alhamdulillah, saya mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, laman web Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli ini dapat dibangunkan sepenuhnya selaras dengan dasar kerajaan yang mahukan setiap agensi kerajaan mempunyai laman web mereka sendiri bagi tujuan penyebaran maklumat yang lebih efisien dan efektif.


Teknologi Maklumat adalah sangat penting dan merupakan aset utama pembangunan sesebuah negara. Menyedari akan kepentingannya, Perdana Menteri kita telah mengesyorkan penggunaan IT secara meluas supaya masyarakat turut sama mengecapi kemajuan dan tidak ketinggalan dalam mengejar arus kemodenan masa kini. Dengan kepesatan dunia sains dan teknologi kini juga dapat membantu pekerja sektor awam meningkatkan prestasi serta kualiti pejabat kerajaan khususnya Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli.


Saya sedar matlamat untuk mencapai tahap perkhidmatan yang cemerlang bagi sesebuah organisasi bukanlah sesuatu yang mudah. Ianya memerlukan keinginan dan komitmen yang tinggi di kalangan pekerja untuk memperbaiki dan memajukan diri seiring dengan perkembangan teknologi maklumat kini. Adalah menjadi harapan saya, laman web ini menjadi satu sumber maklumat penting dan bahan rujukan kepada semua pihak. Di kesempatan ini juga, saya merakamkan terima kasih dan tahniah kepada para pegawai dan semua yang terlibat dalam menghasilkan laman web ini. Insyaallah, marilah sama-sama kita berdoa semoga usaha murni ini mendapat keberkatan Allah s.w.t.


Sekian, wassalam.

 

"ALLAH DITAATI, RAJA DISANJUNGI, RAKYAT DIKASIHI"
"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM - KELANTAN MENERAJUI PERUBAHAN"

 

YABrs. TN. HJ. NIK RAISNAN BIN HAJI DAUD
KETUA JAJAHAN JELI

Tarikh Kemaskini : 30 April 2024
© Hakcipta Terpelihara (2018) Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli

Please publish modules in offcanvas position.

SEO-Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli

KELGOV PPST