ms Malay en English
          soalan    hubungi    aduan    petalaman 

Perutusan Ketua Jajahan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Alhamdulillah, saya mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, laman web Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli ini dapat dibangunkan sepenuhnya selaras dengan dasar kerajaan yang mahukan setiap agensi kerajaan mempunyai laman web mereka sendiri bagi tujuan penyebaran maklumat yang lebih efisien dan efektif.


Teknologi Maklumat adalah sangat penting dan merupakan aset utama pembangunan sesebuah negara. Menyedari akan kepentingannya, Perdana Menteri kita telah mengesyorkan penggunaan IT secara meluas supaya masyarakat turut sama mengecapi kemajuan dan tidak ketinggalan dalam mengejar arus kemodenan masa kini. Dengan kepesatan dunia sains dan teknologi kini juga dapat membantu pekerja sektor awam meningkatkan prestasi serta kualiti pejabat kerajaan khususnya Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli.


Saya sedar matlamat untuk mencapai tahap perkhidmatan yang cemerlang bagi sesebuah organisasi bukanlah sesuatu yang mudah. Ianya memerlukan keinginan dan komitmen yang tinggi di kalangan pekerja untuk memperbaiki dan memajukan diri seiring dengan perkembangan teknologi maklumat kini. Adalah menjadi harapan saya, laman web ini menjadi satu sumber maklumat penting dan bahan rujukan kepada semua pihak. Di kesempatan ini juga, saya merakamkan terima kasih dan tahniah kepada para pegawai dan semua yang terlibat dalam menghasilkan laman web ini. Insyaallah, marilah sama-sama kita berdoa semoga usaha murni ini mendapat keberkatan Allah s.w.t.


Sekian, wassalam.

 

"ALLAH DITAATI, RAJA DISANJUNGI, RAKYAT DIKASIHI"
"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM - KELANTAN MENERAJUI PERUBAHAN"

 

YABrs. TN. HJ. NIK RAISNAN BIN HAJI DAUD
KETUA JAJAHAN JELI

Tarikh Kemaskini : 26 Disember 2024
© Hakcipta Terpelihara (2018) Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli

Please publish modules in offcanvas position.

SEO-Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli

KELGOV PPST