Accessibility Tools

Skip to main content

Bantuan Sumbangan Awal Makanan Fasa 2 Kepada Mangsa Bencana Penduduk Kampung Seberang Janggut, Sg. Long Yang Terjejas Akibat Jalan/Tanah Runtuh

Bantuan sumbangan makanan Fasa 2 kepada mangsa bencana penduduk Kampung Seberang Janggut, Sg. Long yang terjejas akibat jalan/tanah runtuh oleh YABRs Ketua Jajahan Jeli, En. Mohd Shaifudeen Bin Md Salleh bersama YB ADUN Kuala Balah, Dato' Haji Abdul Hadi Bin Awang Kechil, pada 31 Disember 2023 (Ahad).
 
Turut hadir sama Pegawai-pegawai daripada agensi-agensi dan jabatan yang terlibat bencana, Pegawai-pegawai daripada PTJJ, serta Penggawa-penggawa Daerah terutama Penggawa Daerah Batu Melintang, dan juga Penghulu Sg. Long.
 
Kejadian tersebut bukan sahaja menjejaskan jalan perhubungan ke kampung yang terlibat, tetapi juga turut menjejaskan sumber air tadahan bukit (air tandak) kepada penduduk. Agensi-agensi yang terlibat akan bekerjasama bagi mewujudkan laluan alternatif yang baharu kepada penduduk kampung dalam masa yang terdekat.
 
YABrs. Ketua Jajahan Jeli juga turut ditemubual oleh BERNAMA yang datang membuat liputan berkenaan kejadian jalan/tanah runtuh tersebut.
 
  • Hits: 2276

SEO-Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli

KELGOV PPST