ms Malay en English
          soalan    hubungi    aduan    petalaman 

Pesta Berakit Antara Jabatan Antara Jabatan Dan Agensi Jajahan Jeli 2024 Sempena Tahun Melawat Kelantan 2024 (TMK2024).

18 Syaaban 1445H, bersamaan 28 Februari 2024 (Rabu) - Pesta Berakit Antara Jabatan Dan Agensi Jajahan Jeli 2024 Sempena Tahun Melawat Kelantan 2024 (TMK 2024) telah diadakan di Taman Rekreasi Kg. Dendong ke Gunung Reng. Pesta ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan kerjasama di antara jabatan di Jajahan Jeli dan mempromosikan Jajahan Jeli sebagai destinasi eko pelancongan yang wajib dikunjungi pada tahun ini.
 
Majlis pelepasan telah disempurnakan oleh YB. Dato' Haji Abdul Hadi Bin Awang Kechil, ADUN Kuala Balah bertempat di Taman Rekreasi Dendong, bermula jam 9.30 pagi.
 
Seramai 208 peserta dan 40 buah rakit yang terdiri daripada pelbagai jabatan dan agensi di Jajahan Jeli telah menyertai pesta berakit yang julung kali diadakan pada tahun ini. Turut memeriahkan acara dengan kehadiran penduduk tempatan yang memberikan sokongan kepada jabatan yang bertanding sepanjang pesta berlangsung.
 
YB. Datuk Haji Kamarudin Bin Md. Nor, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan Kesenian Dan Warisan Negeri Kelantan bersama YABrs. Tuan Mohd Shaifudeen Bin Md Salleh, Ketua Jajahan Jeli serta YB. Dato' Haji Abdul Hadi Bin Awang Kechil, ADUN Kuala Balah juga turut menaiki rakit bagi menambahkan lagi keceriaan suasana pesta tersebut.
 
Majlis Perasmian Penutup pula telah disempurnakan oleh YB. Datuk Haji Kamarudin Bin Md. Nor, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan Kesenian Dan Warisan Negeri Kelantan.
 
YB Datuk juga turut menyampaikan hadiah kepada jabatan yang memenangi hiasan rakit tercantik. Pejabat TNB Pergau mendapat tempat pertama disusuli naib johan dimenangi oleh Pejabat Rela Jajahan Jeli, manakala tempat ke tiga dimenangi oleh Pejabat Pendidikan Daerah Jeli.
 
" 𝑲𝒉𝒊𝒅𝒎𝒂𝒕 𝑼𝒏𝒕𝒖𝒌 𝑺𝒆𝒎𝒖𝒂 "
 
Tarikh Kemaskini : 30 April 2024
© Hakcipta Terpelihara (2018) Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli

Please publish modules in offcanvas position.

SEO-Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli

KELGOV PPST