Accessibility Tools

Skip to main content

Hari Keluarga Kelab Rekreasi Dan Kebajikan Kakitangan Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli (BERKAT) Tahun 2024

π‡π€π‘πˆ πŠπ„π‹π”π€π‘π†π€ πŠπ„π‹π€π π‘π„πŠπ‘π„π€π’πˆ 𝐃𝐀𝐍 πŠπ„ππ€π‰πˆπŠπ€π πŠπ€πŠπˆπ“π€ππ†π€π 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐉𝐀𝐇𝐀𝐍 π‰π„π‹πˆ (ππ„π‘πŠπ€π“) 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ’
Β 
π“π€π‘πˆπŠπ‡ : 𝟎𝟏-πŸŽπŸ‘ πŽπ†πŽπ’ πŸπŸŽπŸπŸ’ (πŠπ‡π€πŒπˆπ’-𝐒𝐀𝐁𝐓𝐔)
π“π„πŒππ€π“ : ππ€π˜π•πˆπ„π– 𝐁𝐄𝐀𝐂𝐇 π‘π„π’πŽπ‘π“, 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 ππˆππ€ππ†
π“π„πŒπ€ : π’πŒπ€π‘π“ 𝐂𝐀𝐒𝐔𝐀𝐋 πƒπ„ππˆπŒ
Β 
Hari Keluarga Jabatan ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada setiap daripada kita untuk berkenalan dan sekali gus mengeratkan lagi hubungan dan persefahaman antara kakitangan dan ahli keluarga.
Β 
Acara Hari Keluarga pada hari ke 2 juga, pada sebelah malam, diadakan Majlis Makan Malam dan Apresiasi yang dirasmikan oleh Penaung Kelab BERKAT, YABrs. En Mohd Shaifudeen Bin Md Salleh dan dihadiri oleh Pengerusi Kelab BERKAT, YBrs. Tn. Hj. Mohd Zulkarnain Bin Baharuddin, Pegawai-pegawai serta ahli-ahli Kelab BERKAT bersama Keluarga. Diadakan juga Anugerah Pekerja Cemerlang (APC) PTJJ seramai 6 orang mengikut unit/bahagian dan Anugerah Pakaian Terbaik.
Β 
Majlis Makan Malam tersebut juga telah dibuat kejutan sempena Ulang Tahun Kelahiran Penaung Kelab BERKAT, YABrs. En Mohd Shaifudeen Bin Md Salleh dan Pengerusi PUSPANITA Jajahan Jeli, YBrs. Pn. Mazlizainab Binti Nawi. Majlis berlangsung meriah dengan acara cabutan bertuah untuk semua ahli kelab BERKAT, selingan nyanyian dan Hadiah Bonanza untuk 10 orang yang bertuah.
Β 
Semoga Hari Keluarga ini dapat mencapai objektifnya. Terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa Kelab BERKAT yang dapat menganjurkan Hari Keluarga ini.
Β 
Β 
Β 
Β 
  • Hits: 69

SEO-Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli

KELGOV PPST