Accessibility Tools

Skip to main content

Program JUST (Jalan Untuk Sihat) Fit @ Community @ Jeli 2024

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐‰๐”๐’๐“ (๐‰๐€๐‹๐€๐ ๐”๐๐“๐”๐Š ๐’๐ˆ๐‡๐€๐“) ๐…๐ˆ๐“ @ ๐‚๐Ž๐Œ๐Œ๐”๐๐ˆ๐“๐˜ @ ๐‰๐„๐‹๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’
ย 
TARIKHย  ย : 21 OGOS 2024 (RABU)
MASAย  ย  ย : 8.30 PAGI - 10.30 PAGI
TEMPATย  : DATARAN ILMU, BANDAR JELI
ย 
Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli telah menganjurkan Program JUST (Jalan Untuk Sihat) Fit @ Community @ Jeli 2024. Program ini diadakan bagi tujuan meningkatkan jalinan kerjasama antara jabatan dan agensi di Jajahan Jeli di samping memupuk semangat kesukanan serta amalan gaya hidup sihat di kalangan penjawat awam dan swasta.
ย 
Program ini dirasmikan oleh YABrs. Ketua Jajahan Jeli dan turut dihadiri bersama Ketua-ketua Jabatan Daerah Jeli, Pegawai-Pegawai serta kakitangan penjawat awam dan swasta. Program ini dimulakan dengan regangan atau senamrobik dan seterusnya Jalan Untuk Sihat (JUST) Fit @ Community @ Jeli bermula di Dataran Jeli, Perumahan TNB, Pejabat Penerangan, Jalan Utama (Masjid Jeli) dan berakhir di Dataran Jeli sebanyak 2 kilometer.
ย 
Penyampaian cenderahati juga turut diberikan kepada 10 peserta pertama yanag menamatkan Jalan Untuk Sihat (JUST).
ย 
" ๐‘ฒ๐’‰๐’Š๐’…๐’Ž๐’‚๐’• ๐‘ผ๐’๐’•๐’–๐’Œ ๐‘บ๐’†๐’Ž๐’–๐’‚. "
ย 
ย 
ย 
  • Hits: 66

SEO-Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli

KELGOV PPST