Accessibility Tools

Skip to main content

Majlis Sambutan Hari Inovasi Sektor Awam Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2024

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π’π€πŒππ”π“π€π π‡π€π‘πˆ πˆππŽπ•π€π’πˆ π’π„πŠπ“πŽπ‘ π€π–π€πŒ ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ ππ„π†π„π‘πˆ πŠπ„π‹π€ππ“π€π 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ’
Β 
TarikhΒ  Β  : 03 Februari 2025 (Isnin), bersamaan 04 Syaaban 1446H
MasaΒ  Β  Β : 08:00 pagi - 01:00 tengahari
Tempat : Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darulnaim
Β 
Majlis Sambutan Hari Inovasi Sektor Awam Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2024 telah diadakan di Dewan Bunga Teratai Kompleks Kota Darulnaim pada 03 Februari 2025 (Isnin), bersamaan 04 Syaaban 1446H. Majlis dirasmikan oleh YB Dato' Kaya Setia Dato' Nazran bin Muhammad, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.
Β 
Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli berjaya meraih dua (2) bintang bagi kategori KIK Horizon Baru dengan memperkenalkan inovasi β€˜E Odar' Penyelarasan Kawalan Harga Tempahan Makanan Secara Atas Talian. Kumpulan ini berjaya membawa pulang wang tunai, sijil dan plak iringan.
Β 
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua ahli kumpulan yang mewakili Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli yang diketuai YBrs. Penolong Ketua Jajahan (Pendaftaran), En. Wan Hamdan Syadid Bin Wan Ab Manaf sebagai fasilitator dan YBrs. Pn Siti Norhasanah Binti Noh (Penolong Akauntan) sebagai ketua kumpulan serta semua ahli kumpulan. Semoga Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli terus cemerlang pada masa akan datang.
Β 
" π‘²π’‰π’Šπ’…π’Žπ’‚π’• π‘Όπ’π’•π’–π’Œ π‘Ίπ’†π’Žπ’–π’‚ "
Β 
Β 
Β 
  • Hits: 63

SEO-Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli

KELGOV PPST