Majlis Perpisahan YABrs. Ketua Jajahan Jeli Bersama Kakitangan Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli
ππππππ ππππππππππ ππππ«π¬. πππππ πππππππ ππππ πππππππ ππππππππππ πππππππ πππππ πππ πππππππ ππππ
Β
TarikhΒ Β : 10 Februari 2025 (Isnin), bersamaan 11 Syaaban 1446H
MasaΒ Β Β : 08:30 malam
TempatΒ : Kediaman Rasmi Ketua Jajahan Jeli
Β
Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli telah mengadakan BBQ Santai di Kediaman Rasmi Ketua Jajahan Jeli sempena meraikan perpisahan YABrs. Ketua Jajahan Jeli En. Mohd Shaifudeen Bin Md Salleh. Majlis tersebut telah dihadiri oleh kakitangan-kakitangan PTJJ bersama keluarga serta turut diraikan kakitangan yang telah bertukar.
Β
Tayangan montaj program-program yang telah diadakan sepanjang 1 tahun setengah pentadbiran YABrs. Ketua Jajahan berkhidmat di Jajahan Jeli turut ditayangkan untuk tatapan bersama. Setiap Bahagian/Unit, Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli, serta Persatuan Kebajikan PTJJ (BERKAT), telah menyampaikan cenderahati kenang-kenangan kepada YABrs. Ketua Jajahan. Barisan Pegawai serta kakitangan PTJJ juga mengucapkan terima kasih kepada YABrs. Ketua Jajahan Jeli di atas sokongan padu serta jasa yang beliau curahkan sekaligus membawa PTJJ ke tahap yang lebih positif dan cemerlang.
Β
Selamat maju jaya kepada YABrs. Ketua Jajahan Jeli di tempat baru. Semoga memori yang tercipta sepanjang pentadbiran beliau akan kekal abadi bersama sebagai kenangan terindah.
Β
" π²πππ
πππ πΌππππ πΊππππ "
Β

Β
- Hits: 60