Accessibility Tools

Skip to main content

Sambutan Hari Kebangsaan Ke 67 Peringkat Negeri Kelantan

Β 
π’π€πŒππ”π“π€π π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŠπ„ πŸ”πŸ• ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ ππ„π†π„π‘πˆ πŠπ„π‹π€ππ“π€π
Β 
30 OGOS 2024 - Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli dan Majlis Daerah Jeli dengan kekuatan 35 orang anggota turut serta dalam perbarisan kawad sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 bertempat di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.
Β 
Usaha dan kerjasama yang ditunjukkan oleh semua anggota pasukan sangatlah mengagumkan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang terlibat di dalam perbarisan.
Β 
πŒπ„π‘πƒπ„πŠπ€ πŒπ„π‘πƒπ„πŠπ€ πŒπ„π‘πƒπ„πŠπ€
Β 
# Malaysia Madani Jiwa Merdeka, Penghayatan Membangun Bersama Islam #
Β 
" π‘²π’‰π’Šπ’…π’Žπ’‚π’• π‘Όπ’π’•π’–π’Œ π‘Ίπ’†π’Žπ’–π’‚ ".
Β 
Β 
Β 
  • Hits: 159

Latihan Kebakaran (Fire Drill) Dan Demonstrasi Memadam Kebakaran Di Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli

Β 
π‹π€π“πˆπ‡π€π πŠπ„ππ€πŠπ€π‘π€π (π…πˆπ‘π„ πƒπ‘πˆπ‹π‹) 𝐃𝐀𝐍 πƒπ„πŒπŽππ’π“π‘π€π’πˆ πŒπ„πŒπ€πƒπ€πŒ πŠπ„ππ€πŠπ€π‘π€π πƒπˆ 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐉𝐀𝐇𝐀𝐍 π‰π„π‹πˆ
Β 
TARIKHΒ  Β : 22 SEPTEMBER 2024 (AHAD)
MASAΒ  Β  Β : 10.00 PAGI - 11.30 PAGI
TEMPATΒ  : PERKARANGAN PEJABAT TANAH DAN JAJAHAN JELI
Β 
Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli dengan kerjasama Pejabat Bomba dan Penyelamat Jeli telah mengadakan latihan kebakaran (Fire Drill) dan demonstrasi memadam kebakaran bertempat di Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli. Objektif latihan ini adalah untuk memastikan semua kakitangan sentiasa berwaspada dan peka terhadap amaran kecemasan di samping mengetahui akan tindakan segera yang perlu diambil dan mengambil maklum tentang laluan kecemasan yang perlu dilalui dikala berlaku sebarang kejadian kebakaran.
Β 
Program ini diketuai oleh Pegawai Bomba, YBrs. En. Wan Muzhafar Bin Wan Chik bersama 3 lagi anggota Pegawai Bomba yang lain. Beberapa orang warga PTJJ juga turut sama mencuba latihan memadamkan kebakaran tersebut.
Β 
" π‘²π’‰π’Šπ’…π’Žπ’‚π’• π‘Όπ’π’•π’–π’Œ π‘Ίπ’†π’Žπ’–π’‚ ".
Β 
Β 
Β 
  • Hits: 173

Gotong-Royong Perdana Sempena Program EKSA

Β 
π†πŽπ“πŽππ†-π‘πŽπ˜πŽππ† 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 π’π„πŒππ„ππ€ ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π„πŠπ’π€
Β 
TARIKHΒ  Β : 24 SEPTEMBER 2024 (SELASA)
MASAΒ  Β  Β : 08.30 PAGI - 05.00 PETANG
TEMPATΒ  : PERKARANGAN PEJABAT TANAH DAN JAJAHAN JELI
Β 
Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli telah mengadakan Gotong-royong Perdana Sempena Pprogram EKSA di sekitar perkarangan Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli. Objektif utama diadakan gotong-royong ini adalah untuk mewujudkan persekitaran tempat kerja yang bersih, ceria serta kemas bagi menghadapi audit EKSA yang dijangkakan pada bulan hadapan.
Β 
Turut diselitkan juga aktiviti senamrobik kepada warga PTJJ sebelum gotong-royong bermula. Warga PTJJ telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan masing-masing bergerak mengikut kawasan yang telah dibahagikan.
Β 
Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Program Gotong-royong Perdana EKSA pada kali ini. Semoga amalan EKSA ini terus ditambahbaik dan dikekalkan dari masa ke semasa.
Β 
" π‘²π’‰π’Šπ’…π’Žπ’‚π’• π‘Όπ’π’•π’–π’Œ π‘Ίπ’†π’Žπ’–π’‚ ".
Β 
Β 
Β 
  • Hits: 151

Majlis Solat Hajat Dan Doa Selamat Sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Yang Ke 55 Tahun 2024

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π’πŽπ‹π€π“ 𝐇𝐀𝐉𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐍 πƒπŽπ€ π’π„π‹π€πŒπ€π“ π’π„πŒππ„ππ€ ππ„π‘π€π˜π€π€π 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ”π“π„π‘π€π€π πŠπ„ππ€π–π€π‡ πƒπ”π‹πˆ π˜π€ππ† πŒπ€π‡π€ πŒπ”π‹πˆπ€ 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 πŒπ”π‡π€πŒπŒπ€πƒ 𝐕 π˜π€ππ† πŠπ„ πŸ“πŸ“ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ’
Β 
TarikhΒ  Β : 26 September 2024 (Khamis)
MasaΒ  Β  : 7.00 Malam
Tempat : Masjid Sultan Muhammad 1, Masjid Bandar Jeli
Β 
Majlis Solat Hajat dan Doa Selamat Sempena Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V yang ke 55 Tahun 2024 Peringkat Jajahan Jeli telah diadakan di Masjid Sultan Muhammad 1, Masjid Bandar Jeli pada 22 Rabiul Awal 1446H, bersamaan 26 September 2024 (Khamis).
Β 
" π‘²π’‰π’Šπ’…π’Žπ’‚π’• π‘Όπ’π’•π’–π’Œ π‘Ίπ’†π’Žπ’–π’‚ ".
Β 
Β 
Β 
  • Hits: 113

Lawatan Kunjungan Hormat Pengarah Politeknik Jeli Ke Agensi Kerajaan Daerah Jeli, Kelantan

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 ππŽπ‹πˆπ“π„πŠππˆπŠ π‰π„π‹πˆ πŠπ„ π€π†π„ππ’πˆ πŠπ„π‘π€π‰π€π€π 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 π‰π„π‹πˆ, πŠπ„π‹π€ππ“π€π
Β 
π“π€π‘πˆπŠπ‡ : πŸŽπŸ• πŽπŠπ“πŽππ„π‘ πŸπŸŽπŸπŸ’ ( πˆπ’ππˆπ )
πŒπ€π’π€ : 𝟏𝟎:𝟎𝟎 ππ€π†πˆ
π“π„πŒππ€π“ : 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐉𝐀𝐇𝐀𝐍 π‰π„π‹πˆ
Β 
YABrs. Ketua Jajahan Jeli telah menerima Kunjungan Hormat Pengarah Politeknik Jeli, pada 07 Oktober 2024 (Isnin), bertempat di Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli.
Pihak Politeknik Jeli telah dihadiri oleh Gs. Mohd Zamre Bin Ab Rahman (Pengarah), En. Irozi Bin Ismail, (Timbalan Pengarah), En. Muhammad Muzri Bin Muhammad Najib, (Ketua Unit Keselamatan) dan Pn. Zalina Binti Che Manan, (Pegawai Perhubungan Awam (PRO)).
Β 
YABrs. Ketua Jajahan turut diiringi oleh Pegawai-pegawai En. Mohd Faiz Azmil Bin Abdul Aziz (Penolong Ketua Jajahan (Pembangunan Tanah dan Pelupusan)) dan En. Mohd Farid Ikhwan Bin Zainal (Penolong Ketua Jajahan (Penguatkuasaan, Teknikal & Hasil)).
Β 
Semoga kunjungan hormat ini dapat merapatkan ukhuwah antara Politeknik Jeli Kelantan dan agensi kerajaan di Daerah Jeli.
Β 
"π‘²π’‰π’Šπ’…π’Žπ’‚π’• π‘Όπ’π’•π’–π’Œ π‘Ίπ’†π’Žπ’–π’‚"
Β 
Β 
Β 
Β 
Β 
Β 
  • Hits: 133

SEO-Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli

KELGOV PPST