Accessibility Tools

Skip to main content

Kunjungan Hormat Penyelaras Program Kajian Komuniti Dan Kes Keluarga (KKKK) Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia Ke Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli

πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ ππ„ππ˜π„π‹π€π‘π€π’ ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πŠπ€π‰πˆπ€π πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ 𝐃𝐀𝐍 πŠπ„π’ πŠπ„π‹π”π€π‘π†π€ (𝐊𝐊𝐊𝐊) 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 ππ„ππ†π€π‰πˆπ€π π’π€πˆππ’ 𝐏𝐄𝐑𝐔𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍, π”ππˆπ•π„π‘π’πˆπ“πˆ π’π€πˆππ’ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ πŠπ„ 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐉𝐀𝐇𝐀𝐍 π‰π„π‹πˆ
Β 
TarikhΒ  Β  : 20 Januari 2025 (Isnin)
MasaΒ  Β  Β : 2:30 petang
TempatΒ  : Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli
Β 
YABrs. Ketua Jajahan Jeli telah menerima Kunjungan Hormat Penyelaras Program Kajian Komuniti Dan Kes Keluarga (KKKK) Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia, pada 20 Januari 2025 (Isnin), bertempat di Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli.
Β 
Pihak Universiti Sains Malaysia diketuai oleh Penyelaras Program Dr. Ahmad Filza Ismail dan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan, En. Shahrim Nizam Abdullah.
Β 
YABrs. Ketua Jajahan turut diiringi oleh pegawai En. Mohd Shamsul Baharin Bin Isa Timbalan Ketua Jajahan dan En. Mohd Farid Ikhwan Bin Zainal (PKJ Pennguatkuasa, Teknikal & Hasil).
Β 
Tujuan kunjungan hormat ini adalah sebagai makluman bagi melaksanakan Program Kajian Komuniti Dan Kes Keluarga (KKKK) di beberapa buah mukim di Daerah Kuala Balah, Jeli. Program ini merupakan teras yang wajib dilaksanakan oleh pelajar tahun 3, Pusat Pengajian Sains Perubatan, USM Kampus Kesihatan.
Β 
" π‘²π’‰π’Šπ’…π’Žπ’‚π’• π‘Όπ’π’•π’–π’Œ π‘Ίπ’†π’Žπ’–π’‚ "
Β 
Β 
Β 
  • Hits: 94

Taklimat Khidmat Bantu Bagi Melaksanakan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) D.I.Y Negeri Kelantan Tahun 2025 Bagi Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli (PTJJ)

π“π€πŠπ‹πˆπŒπ€π“ πŠπ‡πˆπƒπŒπ€π“ 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔 ππ€π†πˆ πŒπ„π‹π€πŠπ’π€ππ€πŠπ€π π„πŠπŽπ’πˆπ’π“π„πŒ πŠπŽππƒπ”π’πˆπ… π’π„πŠπ“πŽπ‘ π€π–π€πŒ (π„πŠπ’π€) 𝐃.𝐈.𝐘 ππ„π†π„π‘πˆ πŠπ„π‹π€ππ“π€π 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ“ ππ€π†πˆ 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐉𝐀𝐇𝐀𝐍 π‰π„π‹πˆ (𝐏𝐓𝐉𝐉)
Β 
TarikhΒ  Β  : 27 Januari 2025 (Isnin), bersamaan 27 Rejab 1446H
MasaΒ  Β  Β : 10:00 pagi
TempatΒ  : Bilik Gerakan, Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli
Β 
Taklimat Khidmat Bantu Bagi Melaksanakan Eksa Bagi Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli Tahun 2025 telah diadakan pada 27 Januari 2025 (Isnin), bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli.
Β 
Taklimat tersebut telah disampaikan oleh YBrs. En. Nik Muhammad Faiz Bin Nik Muhammad Hanif, Penolong Pengarah (Pentadbiran & Sumber Manusia) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan merangkap Champion EKSA Negeri Kelantan. Selepas taklimat, turut diadakan lawatan ke setiap Unit Zon yang terlibat. Segala teguran telah diambil maklum oleh setiap Ketua Zon untuk penambahbaikan bagi persiapan menghadapi Audit Persijilan Semula EKSA D.I.Y Negeri Kelantan bagi Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli Tahun 2025.
Β 
" π‘²π’‰π’Šπ’…π’Žπ’‚π’• π‘Όπ’π’•π’–π’Œ π‘Ίπ’†π’Žπ’–π’‚ "
Β 
Β 
  • Hits: 88

Kunjungan Hormat Angkatan Pertahanan Awam Daerah Jeli Ke Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli

πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ π€ππ†πŠπ€π“π€π 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 π€π–π€πŒ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 π‰π„π‹πˆ πŠπ„ 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐉𝐀𝐇𝐀𝐍 π‰π„π‹πˆ
Β 
TarikhΒ  Β  : 27 Januari 2025 (Isnin), bersamaan 27 Rejab 1446H
MasaΒ  Β  Β : 2:30 petang
TempatΒ  : Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli
Β 
YABrs. Ketua Jajahan Jeli telah menerima Kunjungan Hormat Angkatan Pertahanan Awam Daerah Jeli, pada 27 Januari 2025 (Isnin), bertempat di Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli.
Β 
Pihak Angkatan Pertahanan Awam Daerah Jeli diketuai oleh Pegawai Pertahanan Awam Daerah Jeli, Lt. (PA) Mohd Rozani Bin Zainuddin (Sekretariat Pengurusan Bencana), Timbalan Pegawai Pertahanan Awam Daerah Jeli, Lt. M (PA) Muhammad Abdul Azim Bin Ahmad, ⁠Lt. M (PA) Siti Hajar Ain Maryam Binti Mukhtar (Bahagian Sekretariat APM Jeli) ⁠dan PBT (PA) Aniq Irfan.
Β 
YABrs. Ketua Jajahan turut diiringi oleh pegawai-pegawai En. Mohd Shamsul Baharin Bin Isa Timbalan Ketua Jajahan, En. Mohd Faiz Azmil Bin Abdul Aziz Penolong Ketua Jajahan (Pembangunan Tanah & Pelupusan) serta En. Mohammed Faris Bin M Rosdi, Pegawai Pembangunan Sosio Ekonomi (PPSE).
Β 
Tujuan kunjungan hormat ini adalah untuk menjalinkan kerjasama dua hala antara Angkatan Pertahanan Awam Daerah Jeli dan pihak YABrs. Ketua Jajahan Jeli dalam aktiviti-aktiviti yang bersifat komuniti.
Β 
" π‘²π’‰π’Šπ’…π’Žπ’‚π’• π‘Όπ’π’•π’–π’Œ π‘Ίπ’†π’Žπ’–π’‚ "
Β 
Β 
  • Hits: 100

Majlis Sambutan Hari Inovasi Sektor Awam Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2024

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π’π€πŒππ”π“π€π π‡π€π‘πˆ πˆππŽπ•π€π’πˆ π’π„πŠπ“πŽπ‘ π€π–π€πŒ ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ ππ„π†π„π‘πˆ πŠπ„π‹π€ππ“π€π 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ’
Β 
TarikhΒ  Β  : 03 Februari 2025 (Isnin), bersamaan 04 Syaaban 1446H
MasaΒ  Β  Β : 08:00 pagi - 01:00 tengahari
Tempat : Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darulnaim
Β 
Majlis Sambutan Hari Inovasi Sektor Awam Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2024 telah diadakan di Dewan Bunga Teratai Kompleks Kota Darulnaim pada 03 Februari 2025 (Isnin), bersamaan 04 Syaaban 1446H. Majlis dirasmikan oleh YB Dato' Kaya Setia Dato' Nazran bin Muhammad, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.
Β 
Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli berjaya meraih dua (2) bintang bagi kategori KIK Horizon Baru dengan memperkenalkan inovasi β€˜E Odar' Penyelarasan Kawalan Harga Tempahan Makanan Secara Atas Talian. Kumpulan ini berjaya membawa pulang wang tunai, sijil dan plak iringan.
Β 
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua ahli kumpulan yang mewakili Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli yang diketuai YBrs. Penolong Ketua Jajahan (Pendaftaran), En. Wan Hamdan Syadid Bin Wan Ab Manaf sebagai fasilitator dan YBrs. Pn Siti Norhasanah Binti Noh (Penolong Akauntan) sebagai ketua kumpulan serta semua ahli kumpulan. Semoga Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli terus cemerlang pada masa akan datang.
Β 
" π‘²π’‰π’Šπ’…π’Žπ’‚π’• π‘Όπ’π’•π’–π’Œ π‘Ίπ’†π’Žπ’–π’‚ "
Β 
Β 
Β 
  • Hits: 90

Majlis Perpisahan YABrs. Ketua Jajahan Jeli Bersama Kakitangan Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„π‘ππˆπ’π€π‡π€π π˜π€ππ«π¬. πŠπ„π“π”π€ 𝐉𝐀𝐉𝐀𝐇𝐀𝐍 π‰π„π‹πˆ ππ„π‘π’π€πŒπ€ πŠπ€πŠπˆπ“π€ππ†π€π 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐉𝐀𝐇𝐀𝐍 π‰π„π‹πˆ
Β 
TarikhΒ  Β  : 10 Februari 2025 (Isnin), bersamaan 11 Syaaban 1446H
MasaΒ  Β  Β : 08:30 malam
TempatΒ  : Kediaman Rasmi Ketua Jajahan Jeli
Β 
Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli telah mengadakan BBQ Santai di Kediaman Rasmi Ketua Jajahan Jeli sempena meraikan perpisahan YABrs. Ketua Jajahan Jeli En. Mohd Shaifudeen Bin Md Salleh. Majlis tersebut telah dihadiri oleh kakitangan-kakitangan PTJJ bersama keluarga serta turut diraikan kakitangan yang telah bertukar.
Β 
Tayangan montaj program-program yang telah diadakan sepanjang 1 tahun setengah pentadbiran YABrs. Ketua Jajahan berkhidmat di Jajahan Jeli turut ditayangkan untuk tatapan bersama. Setiap Bahagian/Unit, Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli, serta Persatuan Kebajikan PTJJ (BERKAT), telah menyampaikan cenderahati kenang-kenangan kepada YABrs. Ketua Jajahan. Barisan Pegawai serta kakitangan PTJJ juga mengucapkan terima kasih kepada YABrs. Ketua Jajahan Jeli di atas sokongan padu serta jasa yang beliau curahkan sekaligus membawa PTJJ ke tahap yang lebih positif dan cemerlang.
Β 
Selamat maju jaya kepada YABrs. Ketua Jajahan Jeli di tempat baru. Semoga memori yang tercipta sepanjang pentadbiran beliau akan kekal abadi bersama sebagai kenangan terindah.
Β 
" π‘²π’‰π’Šπ’…π’Žπ’‚π’• π‘Όπ’π’•π’–π’Œ π‘Ίπ’†π’Žπ’–π’‚ "
Β 
Β 
  • Hits: 87

SEO-Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli

KELGOV PPST