Accessibility Tools

Skip to main content

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jajahan Jeli Tahun 2025

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π’π€πŒππ”π“π€π π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ π€πˆπƒπˆπ‹π…πˆπ“π‘πˆ 𝐉𝐀𝐉𝐀𝐇𝐀𝐍 π‰π„π‹πˆ πŸπŸŽπŸπŸ“
Β 
TarikhΒ  Β  : 17 April 2025 (Khamis), bersamaan 18 Syawal 1446H
MasaΒ  Β  Β : 10:00 pagi
TempatΒ  : Kediaman Rasmi Ketua Jajahan Jeli
Β 
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jajahan Jeli 2025 telah diadakan di Kediaman Rasmi Ketua Jajahan Jeli dengan kehadiran tetamu jemputan YB. Dato’ Abdul Hadi Bin Awang Kechil (Adun Kuala Balah), Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai dan Ahli-ahli Majlis.
Β 
Majlis Sambutan Hari Raya pada tahun ini amat meriah dengan penyertaan 33 buah gerai melibatkan 41 jabatan yang terdiri daripada Jabatan-jabatan sekitar Jajahan Jeli, Bank-bank serta persatuan Kontraktor Jajahan Jeli.
Β 
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Al-Fadhil Pegawai Agama Jajahan Jeli, ucapan alu-aluan oleh YABrs. Ketua Jajahan Jeli, penyampaian bantuan kepada keluarga asnaf seramai 30 orang melibatkan 3 Daerah iaitu Jeli, Batu Melintang dan Kuala Balah dan seterusnya YABrs. Ketua Jajahan bersama isteri melawat gerai-gerai jabatan di samping beramah mesra dengan para tetamu yang hadir. Rombongan delegasi Thailand dari tiga Daerah yang berdekatan dengan Jajahan Jeli iaitu Buketa, Waeng dan Sukhirin juga turut hadir memeriahkan majlis hari raya ini.
Β 
Pertandingan gerai tercantik juga turut diadakan. YABrs. Ketua Jajahan telah menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan gerai tercantik yang telah dimenangi oleh Hospital Jeli, tempat kedua adalah gabungan antara Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)/Perhilitan/Perikanan Jajahan Jeli manakala tempat ketiga dimenangi oleh Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang. Bagi jabatan yang tidak berjaya, turut diberikan hadiah saguhati dan sijil penyertaan di atas komitmen menyertai Majlis Hari Raya tersebut.
Β 
Majlis Hari Raya Aidilfitri Jajahan Jeli ini telah mendapat sambutan yang meriah dengan kehadiran tetamu jemputan dan penduduk kampung di samping dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara jabatan-jabatan di Jajahan Jeli.
Β 
"π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€. πŒπ€π€π… π™π€π‡πˆπ‘ & ππ€π“πˆπ"
Β 
" π‘²π’‰π’Šπ’…π’Žπ’‚π’• π‘Όπ’π’•π’–π’Œ π‘Ίπ’†π’Žπ’–π’‚ ".
Β 
Β 
Β 
Β 
Β 
  • Hits: 46

SEO-Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli

KELGOV PPST

Dasar Privasi

Data Permohonan dan Penyelesaian Urusan Tanah di Pejabat Tanah dan Jajahan Seluruh Negeri Kelantan