Keluasan Dan Komposisi Penduduk
- Super User
- Uncategorised
- Jumlah paparan: 5533
Keluasan
Mengikut Buku Jabatan Perankaan Malaysia Tahun 2020, keluasan Jajahan Jeli ini ialah 132 600 hektar atau 1326 km2. Keluasan mengikut daerah adalah seperti yang dinyatakan dalam Jadual 1 di bawah:
Daerah | Keluasan (hektar) |
Jeli | 44 200 hektar |
Batu Melintang | 44 200 hektar |
Kuala Balah | 44 200 hektar |
Jumlah Keluasan |
132 600 hektar |
** Sumber: Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Tahun 2020
Terdapat 3 pintu masuk ke Jajahan Jeli iaitu:-
Ø Dari barat melalui Grik.
Ø Dari timur melalui Tanah Merah.
Ø Dari selatan melalui Mempelam, Jelawang dalam Jajahan Kuala Krai.
Komposisi Penduduk
Mengikut kajian Buku Profail Sosio Ekonomi Negeri Kelantan tahun 2001 yang dikeluarkan oleh Unit Perancangan Ekonomi Negeri Kelantan; menunjukkan bilangan penduduk di Jajahan Jeli dalam tahun 2000 ialah seramai 36,512 orang iaitu 2.78% daripada jumlah penduduk Negeri Kelantan.
Mengikut kajian daripada Jabatan Perangkaan Negeri Kelantan menunjukkan jumlah penduduk di Jajahan Jeli ialah seramai 42,872 orang. Jumlah tersebut terdiri daripada 21,764 lelaki dan 21,108 perempuan. Pecahan penduduk mengikut daerah adalah seperti yang dinyatakan dalam Jadual di bawah:
Daerah | Lelaki (Bil.) | Perempuan (Bil.) | Jumlah (Keseluruhan) |
Batu Melintang | 4,826 | 4,864 | 9,690 |
Jeli | 10,820 | 10,300 | 21,120 |
Kuala Balah | 6,118 | 5,944 | 12,062 |
42,872 |
Pecahan penduduk mengikut kaum adalah dinyatakan dalam Jadual 3 berikut:-
Kaum | Jumlah |
Melayu | 42,400 |
Orang Asli | 472 |
Cina | - |
India | - |
Lain-lain | - |
Jumlah | 42,872 |