ms Malay en English
          soalan    hubungi    aduan    petalaman 

Latarbelakang Jajahan

Sejarah Jajahan

Jajahan Jeli adalah merupakan sebuah jajahan yang terletak di sempadan Perak-Kelantan dan juga bersempadan dengan Selatan Thailand. Jajahan Jeli dahulunya merupakan daerah di dalam Jajahan  Tanah Merah.

    Dari segi kedudukan geografinya, Jajahan Jeli ini adalah bersempadan dengan Daerah Sukhirin, Negara Thailand si sebelah Utara, manakala di sebelah Selatan bersempadan dengan Jajahan Gua Musang, di sebelah Timur pula bersempadan dengan Jajahan Tanah Merah (Jedok dan Ulu Kusial) dan di sebelah Barat bersempadan dengan Daerah Grik, Perak.

    Jeli menjadi jajahan penuh pada 1hb. Januari 1986 dengan adanya Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli dan merupakan jajahan yang ke sepuluh di Negeri Kelantan. Pekan Jeli merupakan bandar utama pusat pertumbuhan ekonomi dan menjadi pusat pentadbiran bagi Jajahan Jeli.

 

Lokasi

Pekan Jeli merupakan bandar/pekan utama di Jajahan jeli ini terletak kira-kira 98 km dari bandar Kota Bharu melalui Jalan Raya Timur Barat.

 

Bentuk Muka Bumi

Keadaan mukabumi 82% adalah berbukit bukau, berhutan rimba, dan banyak alur serta sungai. Jajahan ini terletak di antara 90m – 500m dari paras sungai. Jajahan ini terletak diantara Sungai Pergau, Sungai Renyut, Sungai Suda dan Sungai Balah.

Tarikh Kemaskini : 17 November 2024
© Hakcipta Terpelihara (2018) Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli
KELGOV PPST