Majlis Penyampaian Bantuan Pasca Banjir Tabung Bencana NSTP-Media Prima
- Super User
- Jumlah paparan: 16109
Majlis Penyampaian Bantuan Pasca Banjir Tabung Bencana NSTP-Media Prima telah berlangsung pada 11 Disember 2019 (Rabu), jam 3.00 petang, bertempat di Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli. Seramai 164 keluarga yang terlibat dengan bencana banjir telah menerima bantuan tersebut.
Majlis ini telah dihadiri oleh YBrs. En. Ab. Razak bin Deraman, Timbalan Ketua Jajahan Jeli, YBrs. En Kamarul Aznam Kamarozaman, Pengurus, Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan, Media Prima Berhad, YBrs. Mohd Shamsul Baharin bin Isa, Ketua Penolong Ketua Jajahan (Pembangunan), YBrs. En. Nik Muhammad Faiz bin Nik Muhammad Hanif serta keluarga penerima yang terlibat.