ms Malay en English
          soalan    hubungi    aduan    petalaman 

Majlis Tadabbur Al-Quran Bersama YMM Raja Perempuan Tengku Anis Binti Almarhum Tengku Abdul Hamid di Masjid Sultan Muhammad 1, Bandar Jeli pada 02 Oktober 2023 (Isnin), bersamaan 16 Rabiul Awal 1445H.

YMM Raja Perempuan Tengku Anis Binti Almarhum Tengku Abdul Hamid telah berkenan berangkat ke Majlis Tadabbur Al-Quran bertempat di Masjid Sultan Muhammad 1, Bandar Jeli pada 02 Oktober 2023 (Isnin), bersamaan 16 Rabiul Awal 1445H.
 
Keberangkatan tiba YMM Raja Perempuan Tengku Anis Binti Almarhum Tengku Abdul Hamid beserta Pengiring Diraja telah disambut oleh YABrs Ketua Jajahan Jeli dan Isteri, YABrs Timbalan Yang di Pertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan Isteri, YB ADUN Ayer Lanas dan Isteri, YB ADUN Kuala Balah, YDH Ketua Polis Daerah Jeli dan Isteri, Pegawai dan kakitangan Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli, Pegawai-pegawai Majlis Agama Islam Kelantan, Pegawai-pegawai Majlis Daerah Jeli, PUSPANITA Jajahan Jeli dan PERKEP Jajahan Jeli.
 
YMM Raja Perempuan Tengku Anis Binti Almarhum Tengku Abdul Hamid juga berkenan mengurniakan Kurniaan Anugerah Tokoh Keluarga Mithali, Anugerah Pertandingan Tandas Terbaik, Sumbangan Biasiswa Tengku Anis (BTA), Sumbangan kepada Anak-Anak Yatim serta Sumbangan kepada Ibu Tunggal yang terpilih.
 
Sebelum keberangkatan pulang YMM Raja Perempuan Tengku Anis Binti Almarhum Tengku Abdul Hamid dan Tetamu turut di raikan dengan Santapan Tengahari.
 
 
Klik Di sini Untuk Ke Facebook Jabatan.
Tarikh Kemaskini : 25 April 2024
© Hakcipta Terpelihara (2018) Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli

Dasar Privasi

SEO-Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli

KELGOV PPST
Data Permohonan dan Penyelesaian Urusan Tanah di Pejabat Tanah dan Jajahan Seluruh Negeri Kelantan