ms Malay en English
          soalan    hubungi    aduan    petalaman 

Sukan Rakyat Sempena Perayaan Ulangtahun Hari Keputeraan KDYMM Sultan Muhammad V Ke 54 Tahun 2023

Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli telah mengambil bahagian dalam program Sukan Rakyat Sempena Perayaan Ulangtahun Hari Keputeraan KDYMM Sultan Muhammad V Ke 54 Tahun 2023, pada 05 Oktober 2023 (Khamis), yang bertempat di Pantai Kemayan, Bachok. Antara acara sukan yang dipertandingkan terdiri daripada acara tarik tali lelaki dewasa, lari dalam guni dewasa dan kanak-kanak, tarik upih lelaki dewasa dan kanak-kanak, terompah gergasi lelaki dan wanita dewasa, panjat tiang licin lelaki dewasa, kukur kelapa, isi air dalam botol kanak-kanak dan pukul bantal lelaki.
 
Dengan semangat yang diberikan oleh semua peserta, Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli telah berjaya memenangi beberapa acara sukan yang dipertandingkan. Antaranya naib johan bagi pertandingan lari dalam guni dewasa lelaki dan terompah gergasi wanita, tempat ketiga pertandingan panjat tiang licin dan tempat ke empat bagi acara pertandingan terompah gergasi lelaki. Diharap semangat kesukanan ini akan diteruskan pada masa-masa akan datang.
Tarikh Kemaskini : 25 April 2024
© Hakcipta Terpelihara (2018) Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli

Dasar Privasi

SEO-Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli

KELGOV PPST
Data Permohonan dan Penyelesaian Urusan Tanah di Pejabat Tanah dan Jajahan Seluruh Negeri Kelantan