ms Malay en English
          soalan    hubungi    aduan    petalaman 

Bantuan sumbangan Tabung Serambi Mekah (TSM) dan sedikit barangan keperluan asas kepada mangsa bencana pokok tumbang di Kuala Balah.

Bantuan sumbangan Tabung Serambi Mekah (TSM) dan sedikit barangan keperluan asas telah disampaikan kepada mangsa bencana pokok tumbang Pn. Halimah Binti Arsad di Kaw. Kelapa Sawit, Kuala Balah yang berlaku lebih kurang jam 3:30 pagi pada 27 Oktober 2023 (Jumaat) yang lepas. Sebatang pokok kelapa yang mati telah tumbang dan menimpa bahagian belakang dan dapur rumah mangsa.
 
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh YB ADUN Kuala Balah, Dato' Haji Abdul Hadi bin Awang Kechil bersama Pegawai Pembangunan Sosio-Ekonomi Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli, Encik Mohd Fathan Adha Bin Yasim yang mewakili YABrs. Ketua Jajahan Jeli serta Penggawa Daerah Kuala Balah, En. Ibrahim Bin Salleh, Penghulu Kuala Balah En. Lotfi dan En. Mohd Nor Bin Salleh di perkarangan rumah mangsa.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tarikh Kemaskini : 25 April 2024
© Hakcipta Terpelihara (2018) Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli

Dasar Privasi

SEO-Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli

KELGOV PPST
Data Permohonan dan Penyelesaian Urusan Tanah di Pejabat Tanah dan Jajahan Seluruh Negeri Kelantan