ms Malay en English
          soalan    hubungi    aduan    petalaman 

Program Latihan Simulasi Bencana Banjir Monsun Timur Laut (MTL) 2023/2024 Jajahan Jeli

Program Latihan Simulasi Bencana Banjir Monsun Timur Laut (MTL) 2023/2024 Jajahan Jeli telah diadakan pada 14 - 15 November 2023 (Selasa & Rabu), bertempat di Tasik Pergau, Batu Melintang.
 
Program ini turut disertai oleh agensi keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba Dan Penyelamat Daerah Jeli, Angkatan Pertahanan Awam Daerah Jeli, Angkatan Tentera Malaysia Kem Batu 10, Batu Melintang, SAPURA, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Jeli, Jabatan Kerja Raya Jajahan Jeli serta Penggawa dan Penghulu Mukim.
 
Program ini julung kali diadakan bertujuan untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan agensi pasukan keselamatan bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) tidak lama lagi. Antara pengisian program ini termasuk latihan pengendalian bot, 'water confident', senario menyelamat mangsa banjir dan situasi semasa empangan pecah.
 
YABrs. Ketua Jajahan Jeli, Tuan Mohd Shaifudeen Bin Md Salleh turut hadir ke program tersebut untuk melihat latihan yang dijalankan. Selain itu juga satu taklimat berkenaan latihan simulasi tersebut turut diberikan oleh Ketua Polis Daerah Jeli merangkap Komander Latihan kepada semua peserta agensi yang terlibat.
 
 
Tarikh Kemaskini : 25 April 2024
© Hakcipta Terpelihara (2018) Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli

Dasar Privasi

SEO-Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli

KELGOV PPST
Data Permohonan dan Penyelesaian Urusan Tanah di Pejabat Tanah dan Jajahan Seluruh Negeri Kelantan