ms Malay en English
          soalan    hubungi    aduan    petalaman 

Majlis Pelancaran Pemerkasaan Desa Taqwa Sempena 100 Hari Pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan

Majlis Pelancaran Pemerkasaan Desa Taqwa Sempena 100 Hari Pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan telah diadakan di Kampung Kalai, Jeli pada 04 Disember 2023 (Isnin), bersamaan 20 Jamadil Awal 1445H, bertempat di Dataran Taqwa, Kampung Kalai, Jeli.Majlis Pelancaran Pemerkasaan Desa Taqwa Sempena 100 Hari Pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan
 
Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato' Dr. Mohamed Fadzli Bin Dato' Hj Hassan, Timbalan Menteri Besar Kelantan. Selain itu, majlis turut dihadiri oleh Yang Berhormat Tuan Wan Rohimi Bin Wan Daud (Timbalan Pengerusi Pembangunan Insan Dan Undang-Undang), Yang Berhormat Dato’ Haji Abdul Hadi Bin Awang Kechil (ADUN Kuala Balah), Encik Mustapha Bin Deris (Pegawai Seranta DUN Ayer Lanas), En. Mohd Shaifudeen Bin Md Salleh (YABrs. Ketua Jajahan Jeli), YABrs. Ketua Jajahan Tanah Merah, wakil-wakil Ketua Jajahan Bachok, Gua Musang, Pasir Puteh dan Machang, Ketua-ketua Jabatan, Penggawa-penggawa serta Penghulu-penghulu Mukim.
 
Yang Berhormat Dato' Dr. Mohamed Fadzli juga telah menyampaikan Insentif Pemerkasaan Desa Taqwa kepada Penghulu Mukim Kampung Kalai, Jeli, Encik Shahfakrimee Bin Salleh dan Penghulu Mukim Kg. Serdang, Bachok serta turut menyampaikan geran tanah Perabong kepada 40 orang anak mukim Kampung Kalai.
 
Disamping itu juga, Yang Berhormat Dato' Dr. Mohamed Fadzli dan jemputan dibawa melawat ke pameran Produk Pembuatan Buluh, Pembuatan Dulang serta hasil Seni Kreatif dan Inovatif daripada penduduk Kampung Kalai. Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Kelantan juga turut membawa sampel batu-batuan yang terdapat di Kampung Kalai untuk dipamerkan kepada para jemputan.
 
 
 
Tarikh Kemaskini : 25 April 2024
© Hakcipta Terpelihara (2018) Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli

Dasar Privasi

SEO-Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli

KELGOV PPST
Data Permohonan dan Penyelesaian Urusan Tanah di Pejabat Tanah dan Jajahan Seluruh Negeri Kelantan