ms Malay en English
          soalan    hubungi    aduan    petalaman 

Bantuan Sumbangan Tabung Serambi Mekah (TSM) Kepada Mangsa Bencana Tanah Runtuh Di Lubok Bongor, Kuala Balah

Bantuan sumbangan Tabung Serambi Mekah (TSM) dan sedikit barangan keperluan asas telah disampaikan kepada mangsa bencana tanah runtuh atau mendap di kediaman anak mukim Kampung Lubok Bongor, Kuala Balah iaitu En. Awang Man Bin Nordin.
 
Kejadian tersebut berpunca daripada hakisan tanah yang berlaku pada malam, 05 Disember 2023 (Selasa). Terdapat kerosakan sebahagian daripada kediaman tetapi tiada sebarang kecederaan berlaku kepada anak mukim tersebut.
 
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh YABrs. Ketua Jajahan Jeli, En. Mohd Shaifudeen Bin Md Salleh bersama Pembantu Penggawa, En. Md. Azmi Bin Salleh serta Penghulu Mukim Lubok Bongor, Norzalan Bin Kasim di perkarangan kediaman mangsa.
 
 
Tarikh Kemaskini : 25 April 2024
© Hakcipta Terpelihara (2018) Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli

Dasar Privasi

SEO-Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli

KELGOV PPST
Data Permohonan dan Penyelesaian Urusan Tanah di Pejabat Tanah dan Jajahan Seluruh Negeri Kelantan