ms Malay en English
          soalan    hubungi    aduan    petalaman 

Program Agihan Anak Pokok Buahan Kepada Penduduk Kampung di Jajahan Jeli

Sempena Kempen Penanaman 100 Juta Pokok, Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan telah mengadakan Program Agihan Anak Pokok Buahan kepada penduduk kampung di Jajahan Jeli. Daerah Batu Melintang telah di pilih untuk program ini. Program ini telah di adakan di Pejabat Penggawa Batu Melintang pada 27 Disember 2023 (Rabu), jam 10.00 pagi.
 
Sebagai gimik, YBrs. Penolong Pengarah (Perancangan & Pengurusan), Puan Melati Yusof dari Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan telah menyampaikan anak pokok tersebut kepada 5 orang Penghulu Mukim di Daerah Batu Melintang bagi mewakili penduduk kampung untuk di agihkan kepada penduduk. Turut sama mengiringi YBrs. Puan Melati semasa penyerahan anak pokok tersebut, Penggawa Daerah Batu Melintang, En. Mohamad Zainudin Bin Nawi.
 
Tarikh Kemaskini : 25 April 2024
© Hakcipta Terpelihara (2018) Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli

Dasar Privasi

SEO-Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli

KELGOV PPST
Data Permohonan dan Penyelesaian Urusan Tanah di Pejabat Tanah dan Jajahan Seluruh Negeri Kelantan