ms Malay en English
          soalan    hubungi    aduan    petalaman 

Bantuan Sumbangan Awal Makanan Fasa 1 Kepada Mangsa Bencana Penduduk Kampung Seberang Janggut, Sg. Long Yang Terjejas Akibat Jalan/Tanah Runtuh

Bantuan sumbangan awal makanan Fasa 1 kepada mangsa bencana penduduk Kampung Seberang Janggut, Sg. Long yang terjejas akibat jalan/tanah runtuh oleh YABRs Ketua Jajahan Jeli, En. Mohd Shaifudeen Bin Md Salleh bersama YB Ahli Parlimen Jeli, Tuan Zahari Bin Kechik dan YB ADUN Kuala Balah, Dato' Haji Abdul Hadi Bin Awang Kechil pada 30 Disember 2023 (Sabtu).
 
Turut hadir Pegawai-pegawai daripada agensi-agensi dan jabatan yang terlibat bencana, Pegawai-pegawai daripada PTJJ, serta Penggawa-penggawa terutama Penggawa Daerah Batu Melintang, En. Mohamad Zainudin Bin Nawi, dan juga Penghulu Sg. Long.
 
Semoga bantuan ini dapat membantu dari segi kemudahan keperluan asas yang diperlukan oleh penduduk-penduduk yang terjejas.
 
Tarikh Kemaskini : 25 April 2024
© Hakcipta Terpelihara (2018) Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli

Dasar Privasi

SEO-Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli

KELGOV PPST
Data Permohonan dan Penyelesaian Urusan Tanah di Pejabat Tanah dan Jajahan Seluruh Negeri Kelantan