ms Malay en English
          soalan    hubungi    aduan    petalaman 

Lawatan Kerja Menteri Kesihatan Malaysia, YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Bin Ahmad ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Jeli (1)

Lawatan Kerja Menteri Kesihatan Malaysia, YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Bin Ahmad ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Jeli (1) pada 30 Disember 2023 (Sabtu) pada jam 10:00 pagi.
 
Turut hadir bersama YB Menteri, YB Ahli Parlimen Jeli, Tuan Zahari Bin Kechik, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), YBhg. Dato' Dr. Zaini bin Hussin, KPKJ (Pembangunan), En. Mohamad bin Jaafar yang mewakil YABrs. Ketua Jajahan Jeli, Ketua-ketua Jabatan Jeli serta Penggawa dan Penghulu Daerah Jeli.
 
Semasa lawatan tersebut, YB Menteri Kesihatan dibawa melawat ke bilik-bilik penempatan mangsa-mangsa banjir dengan jumlah Ketua Isi Rumah (KIR) seramai 71 keluarga yang melibatkan 305 orang mangsa dan juga melawat ke bilik kuarantin Covid 19. Selain itu, YB Menteri juga turut menyampaikan kit bantuan Ziarah Madani kepada mangsa-mangsa banjir tersebut. YB Menteri juga turut meluangkan masa  melawat ke rumah mangsa banjir yang uzur sakit strok En. Hamzah Bin Mahmood di Kampung Jeli Lama.
 
PPS SK Jeli (1) dibuka pada 29 Disember 2023 (Jumaat) jam 7:00 malam, dan ditutup secara rasmi nya pada 30 Disember 2023 (Sabtu) jam 11:30 pagi.
 
Tarikh Kemaskini : 25 April 2024
© Hakcipta Terpelihara (2018) Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli

Dasar Privasi

SEO-Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli

KELGOV PPST
Data Permohonan dan Penyelesaian Urusan Tanah di Pejabat Tanah dan Jajahan Seluruh Negeri Kelantan