ms Malay en English
          soalan    hubungi    aduan    petalaman 

Lawatan Pasukan PTJJ, KESEDAR serta RELA Ke Rumah Mangsa Bencana Tanah Runtuh di Kampung Reka Dalam, Kuala Balah.

Lawatan daripada pasukan Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli yang diketuai oleh YABrs. Ketua Jajahan Jeli dan diiringi oleh KPKJ (Pembangunan), Penolong Pegawai Sosio Ekonomi, Pegawai KESEDAR Jeli dan rombongan, serta Pegawai Rela Daerah Jeli dan rombongan ke rumah mangsa kejadian tanah runtuh di Kampung Reka Dalam iaitu En. Zuhari bin Ismail (anggota Rela Daerah Jeli) pada 1 Januari 2024 (Ahad). Beliau menetap di rumah bantuan KESEDAR bersama isteri dan 3 orang anak. Turut hadir Penggawa dan Pembantu Penggawa Daerah Kuala Balah serta Penghulu Kg. Reka.
 
Hasil dari siasatan pihak Bomba didapati rumah beliau rosak teruk dan tidak selamat untuk diduduki. Buat sementara waktu beliau tinggal menyewa di rumah orang kampung. Tindakan/bantuan lanjut sedang diusahakan oleh pihak PTJJ dan pihak KESEDAR untuk membantu beliau sekeluarga.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
See insights and ads
Boost post
 
All reactions:
2020
 
Tarikh Kemaskini : 25 April 2024
© Hakcipta Terpelihara (2018) Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli

Dasar Privasi

SEO-Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli

KELGOV PPST
Data Permohonan dan Penyelesaian Urusan Tanah di Pejabat Tanah dan Jajahan Seluruh Negeri Kelantan